Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ku] | چيکو

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), sauh menila, Achras zapota. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ku] | چيکو

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya boleh dimakan), Achras zapota. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ciku

Puisi
 

Pokok ciku pokok meranti,
     Dititi oleh anak undan;
Setiap waktu duduk menanti,
     Menanti tiba janjinya tuan.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sapodillacikuPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
tukul kayutukul kayuKesenianTiadaAlat ukir daripada kayu liat seperti ciku, limau, jambu yang digunakan untuk mengetuk pahat.
seed coatkulit biji benihPertanianAgronomi

 Lapisan luar atau kulit selaput yang menutupi bahagian luar biji benih. Kulit biji ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti keras, lembut, nipis atau tebal, atau pelbagai warna seperti hitam dan kelabu. Contohnya, ciku mempunyai kulit biji yang keras, manakala kekacang mempunyai kulit biji yang lembut.

stone cellsel batuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSel yang biasanya berasal daripada parenkima, yang berbentuk isodiameter dan mempunyai dinding sekunder yang tebal yang mengandungi banyak lignin. Sel ini mungkin mengandungi pit ramiform. Sel batu terdapat dalam floem, korteks, dan kulit kayu, dan dalam buah-buahan seperti pear, ciku dan jambu batu. Sin: brakislereid
long-term memory (LTM))ingatan jangka panjang (LTM)PsikologiPsikologi UmumIngatan yang menyimpan banyak maklumat terutamanya yang bermakna dan signifikan dalam kehidupan individu. Maklumat yang tersimpan boleh membantu individu dalam pembelajaran, menyesuaikan diri dengan persekitaran dan membina identiti diri serta peribadi. Maklumat boleh disimpan mengikut semantik berkategori. Contohnya, nama seperti durian, nangka, ciku, rambutan, pulasan dan sebagainya boleh disimpan dan diingat di bawah konsep buah. Malah orang yang mengalami cacat ingatan juga boleh mengingati konsep buah sekalipun sukar menamakan buah tersebut. Sesuatu maklumat juga disimpan dalam bentuk bunyi dan rupa. Dalam fenomena hujung lidah, individu terasa seperti mengingati seseorang individu itu tetapi gagal menamakannya. Namun, bunyi nama individu itu berkemungkinan besar dapat diingat, misalnya jika nama orang itu khalid, nama seakan-akan dengannya seperti Walid, Mulid, Talib, Lid adalah lebih tinggi kemungkinan untuk diingat berbanding nama seperti Adam atau Hashim.

Kembali ke atas