Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.li] | چيلي

Definisi : cabai, lada, Capsicum spp; mencili bp menyentalkan, menenyehkan atau menyapukan cili, terutamanya pd mulut seseorang: dah dicilinya mulut anaknya yg celopar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.li] | چيلي

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya berasa pedas); cabai; lada, Capsicum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cili

Puisi
 

Buah berangan masaknya merah,
     Lada cili dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
     Luka di hati sahabat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kecil-kecil anak harimau.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat di bawah betul. A.Harga sekilogram cili ialah RM 4.50. B.Harga cili sekilogram ialah RM4.50. C.Harga cili ialah RM4.50 sekilogram.Ayat yang betul ialah: Harga sekilogram cili ialah RM 4.50; dan Harga cili ialah RM4.50 sekilogram.Tatabahasa09.10.2014
ASSALAMUALAIKUM SAYA INGIN BERTANYA APAKAH PERBEZAAN ANTARA CILI DAN LADA?Cili dan lada sama sahaja, nama saintifiknya ialah Capsicum spp.Makna03.05.2013
Adakah 'cili padi' kata nama khas dan ditulis sebagai 'Cili Padi'? Bagaimana pula dengan' bunga anggerik" ?Cili padi dan bunga anggerik bukan kata nama khas. Oleh itu, hendaklah ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa22.12.2008
Apakah penjodoh bilangan untuk cili?Tidak ada maklumat tentang penggunaan penjodoh bilangan untuk cili dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun,berdasarkan bentuk fizikal cili, kami berpendapat penjodoh bilangan yang sesuai ialah biji kerana biji menjadi penerang bentuk untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil.Tatabahasa27.01.2014
salam, antara kata adjektif berikut, yang manakah lebih sesuai? 1. Nenek mengisar cili itu sehingga halus. 2. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat. 3. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca. Dan jika saya ingin gunakan no.1 adakah ayat saya salah? Terima kasih.Ayat yang betul seperti berikut:
 
1. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat.
2. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca.
Tatabahasa14.05.2013
selamat sejahtera, saya ingin membuat papan tanda dan ingin membuat semakan bahasa. 1) kilang membuat koay teow dan cili boh 2) kilang memproses koay teow dan cili boh manakah perkataan yang lebih sesuai digunakan? sekian terima kasihPerkataan yang sesuai ialah Kilang Kuetiau dan Cili BohLain-lain23.11.2018
apakah maksud atau pengertian Cili Giling

Maknanya ialah cili yang dilumatkan.

Makna11.03.2010
adakah ayat ini betul? ibu membeli cili sos di kedai.Ayat yang betul ialah ibu membeli sos cili di kedai.Tatabahasa29.07.2013
1. Ibu mengisar cili ( sehingga / hingga ) lumat. 2. Olahragawan ( jatuh pada tangan / jatuh pada ) Ali.1. Jawapan yang tepat: Ibu mengisar cili sehingga lumat.

'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.

2.  Soalan kedua sukar difahami.  Minta maaf.
Lain-lain21.09.2014
Adakah betul perkataan ini. 1. penghawa dingin 2. kata mutiara 3. sos cili Terima kasihIstilah yang betul ialah: 1. penyaman udara/pendingin hawa; 2. mutiara kata; dan 3.sos ciliIstilah19.08.2011
12

Kembali ke atas