Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.li] | چيلي

Definisi : cabai, lada, Capsicum spp; mencili bp menyentalkan, menenyehkan atau menyapukan cili, terutamanya pd mulut seseorang: dah dicilinya mulut anaknya yg celopar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.li] | چيلي

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya berasa pedas); cabai; lada, Capsicum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cili

Puisi
 

Buah berangan masaknya merah,
     Lada cili dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
     Luka di hati sahabat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kecil-kecil anak harimau.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resistanceresistansPertanianAgronomi

 Keupayaan rintangan atau ketahanan tanaman terhadap serangan perosak atau penyakit. Contohnya, terdapat kultivar cili yang resistans terhadap serangan virus tetapi terdapat juga kultivar cili yang peka terhadap serangan virus. Resistans diperolehi tanaman melalui pembiakbakaan dan kejuruteraan genetik. Sinonim resistan.

part per billion (ppb)bahagian per billionMakanan dan PemakananTeknologi MakananUnit kepekatan yang menunjukkan amaun bahan dalam satu bilion sampel atau larutan. Contohnya, satu bahagian per bilion natrium benzoat dalam cili boh bermakna terdapat 1 gram natrium benzoat dalam setiap 109 gram cili boh atau 1 gram cili boh dalam setiap 106 kilogram natrium benzoat.
part per million (ppm)bahagian per jutaMakanan dan PemakananTeknologi MakananUnit kepekatan yang menunjukkan amaun bahan dalam satu juta sampel atau larutan. Contohnya, satu bahagian per juta natrium benzoat dalam cili boh bermakna terdapat 1 gram natrium benzoat dalam setiap 106 gram cili boh atau 1 miligram natrium benzoat dalam setiap kilogram cili boh.
contract farmingperladangan kontrakPertanianAgroteknologiSistem pengeluaran pertanian yang melibatkan perjanjian antara petani atau pengeluar hasil pertanian dengan pembeli hasil pertanian. Pembeli menyatakan syarat-syarat yang perlu diikuti oleh petani seperti penggunaan benih dan kualiti hasil, dan berjanji membeli hasil dengan harga yang ditetapkan jika syarat dipenuhi. Satu contoh perladangan kontrak ialah syarikat Nestle yang membuat perjanjian dengan pengeluar cili supaya cili yang berkualiti dapat diperoleh oleh syarikat itu untuk perusahaan sos cili. Syarikat akan membekalkan benih dan input lain dan berjanji untuk membeli hasil dengan harga yang ditetapkan jika memenuhi spesifikasi. Kaedah perladangan kontrak memberi jaminan pasaran kepada petani yang juga tidak perlu mengeluarkan modal sendiri.
chilli (Capsicum spp.)cili (Capsicum spp.)PertanianTiadaTiada
chilli powderserbuk ciliPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
chilli slurrybuburan ciliPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
chilli con carnecili con carnePentadbiran PerniagaanTiadaTiada
chilli saucesos ciliPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
cherry pepper (Capsicum annuum)cili ceri (Capsicum annuum)PertanianTiadaTiada
12345

Kembali ke atas