Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cin.cang] | چينچڠ

Definisi : ®cencang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cin.cang] | چينچڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), cungkil, kabau, semincang, terentang bulit, Allophylus glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), cungkil, belakang ular, leban bunga, tumbit kayu, Allophylus ternatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cincang

Puisi
 

Cincang-cincang buah kuini,
     Hendak makan dengan gula;
Leher jenjang si putih kuning,
     Duduk seorang atau berdua?


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
daging cincang ATAU daging cencang......yang mana betul?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, cincang dan cencang mempunyai maksud yang sama. Dalam pangkalan data kamim juga terdapat kedua-dua istilah tersebut. Oleh itu, daging cincang dan daging cencang adalah betul.Istilah26.04.2012
apakah perbezaan makna perkataan cincang dan cencang?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cencang bermaksud tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Cincang juga mempunyai maksud yang sama dengan cencang, iaitu  tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Maksud cincang yang lain ialah 1. sj tumbuhan (pokok), cungkil, kabau, semincang, terentang bulit, Allophylus glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), cungkil, belakang ular, leban bunga, tumbit kayu, Allophylus ternatus.Makna03.04.2012
Cencang atau cincang? Sotong gurita atau sotong kurita? Peha atau paha?Jawapan:

1. Cencang dan cincang = cengang
2. Sotong gurita atau sotong kurita = sotong gurita
3. Peha atau paha? = paha
Lain-lain28.10.2015
apa perbezaan makna perkataan: 1) catit, catat 2) cencang, cincang 3) adalah, ialah1.catit sama makna dengan catat yang membawa maksud menulis atau merakamkan sesuatu. 2.cincang = sejenis tumbuhan, cungkil 3.cencang = tetak kecil-kecil atau halus dengan parang. 4.kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama manakala adalah hadir di hadapan frasa adjektif.Tatabahasa31.07.2007
Yang manakah penggunaan kata yang tepat? Landas cincang atau papan pemotong?Kedua-dua istilah itu boleh digunakan.  Jika ayat tersebut berkaitan aktiviti memotong, gunakan papan pemotong.  Sekiranya berkaitan aktiviti mencincang, gunakan landas cincang.Istilah25.02.2017
soalan 1 Apakah beza antara kerat, potong,belah,cencang,cincang,rambah,cantas,memangkas bolehkah terangkan satu persatu. soalan 2 Adakah ayat ini betul. a)Dia tengah sedap melayan rancangan televisyen b)Di jalan mana kemalangan itu berlaku,Pak Mat? c)Anas sudah boleh bertutur dengan jelas. d)Jambatan yang roboh itu sudah di bina semula. e)"Makanlah nasi itu,nanti dingin pula,"kata ibu.1. Kerat sama makna dengan potong atau penggal. Belah bermaksud pecad dua atau tiga dan sebagainya. Cincang sama dengan cencang, iaitu  tetak kecil-kecil atau halus-halus. Rambah bermaksud menebas atau menebang. Cantas sama dengan memangkas, iaitu memancung hujung dahan.
2. Ayat c, d dan e betul, walau bagaimanpun sila betulkan ejaan dibina (dalam ayat d).
Sastera03.07.2012
peribahasa air dicincang/dicencang takkan putus? penggunaan kata cincang betul atau cencang betul? mohon jelaskan. terima kasihDalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, cencang air tidak putus..., perkataan yang betul ialah cencang.Tatabahasa27.04.2013
Salam sejahtera, Bolehkah "Free Shred Day" diterjemahkan sebagai "Hari Cincang Kertas Percuma"? Ini merupakan hari yang disambut oleh Amerika Syarikat supaya rakyatnya boleh mencincang kertas dengan percuma di sesebuah lokasi yang terpilih. Jika terjemahan tidak sesuai, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Sumber: https://www.westerndisposal.com/blog/shred-days-announced/ Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.

"Free Shred Day" lebih sesuai diterjemahkan sebagai "Hari Mencincang Kertas". Walaupun perkataan "free" membawa maksud percuma, namun dalam konteks ini, perkataan percuma digugurkan kerana Hari Mencincang Kertas sudah cukup untuk membawa maksud hari mencincang kertas secara percuma.

Sekian. Terima kasih.

Makna14.01.2018
Air dicencang tidak akan putus atau air dicincang tidak akan putus. Ejaan yg betul ialah cencang atau cincang atau kedua2nya betul?Air dicencang tiada putus, untuk maklumat lanjut sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=air+dicencang&d=11.Tatabahasa11.03.2015
saya ingin bertanyakan translation bagi "PLANT BASED MINCED MEAT". Seperti dibawah, pilihan manakah yang lebih sesuai untuk digunakan. terima kasih. 1) DAGING KISAR BERASASKAN TUMBUHAN atau 2) DAGING CINCANG BERASASKAN TUMBUHAN.Cadangan terjemahan bagi "PLANT BASED MINCED MEAT" ialah DAGING KISAR BERASASKAN TUMBUHANMakna10.05.2021
12

Kembali ke atas