Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ri] | چيري

Definisi : sifat (unsur, tanda) yg khusus pd sesuatu (yg membezakannya drpd yg lain); ~ seks sekunder (Bio) ciri haiwan jantan (atau betina) yg membezakannya drpd haiwan betina (atau jantan), atau ciri lelaki yg mem­bezakannya drpd wanita, akibat pengaruh hormon; bercirikan mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat (yg tertentu): sajak ‘kucing’ pula dianggapnya lebih ~ prosa drpd puisi; mencirikan menjadi ciri (kpd), merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: kepelbagaian yg ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara; kerumitan sentiasa ~ proses perubahan yg dihadapi oleh sebarang sistem; pencirian perbuatan mencirikan sesuatu: teori ini bergantung pd ~ kebenaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ri] | چيري

Definisi : sl doa atau mantera yg dibaca sewaktu raja ditabalkan: Batala membaca ~nya, maka Sang Nila Utama digelar oleh Batala, Seri Teri Buana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ri] | چيري

Definisi : sifat tertentu pd sesuatu yg dpt membezakannya drpd yg lain. ~ seks sekunder ist ciri yg membezakan antara haiwan jantan dgn haiwan betina, atau lelaki dgn perempuan, yg disebabkan oleh pengaruh hormon, mis misai pd lelaki, dan buah dada pd wanita. berciri ada atau mempunyai ciri: Segala kegiatan perniagaannya ~ Islam. bercirikan mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat yg tertentu: Kita pernah mengamalkan corak pendidikan yg ~ empat sistem yg menggunakan bahasa pengantar yg berlainan, iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil. mencirikan 1 merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: Kepelbagaian ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara. 2 membuat sesuatu mempunyai ciri: Penyakit itu dicirikan oleh rasa gatal-gatal pd kulit. pencirian perbuatan mencirikan sesuatu: Teori ini bergantung pd ~ kebenaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ciri


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ciri-ciri Cerita PanjiMohd. Yusof Md. NorDewan Sastera1 October 2000
Ciri-ciri Karya AgungTiada PengarangDewan Sastera1 July 2001
Ciri-ciri Epik dalam Hikayat Amir HamzahRozaimah MakmunBAHANA1 August 2008
Ciri-ciri Suami MithaliMariam RashidPerempuan1 July 2007
Ciri-ciri penterjamahan buku teks undang-undangTengku Sepora Tengku MahadiDewan Bahasa1 March 2002
Ciri-ciri manuskripA. B. AhmadBahana1 September 1996
Ciri-ciri usahawan MuslimSyed Othman AlhabshiDewan Budaya1 September 1988
Ciri-ciri menarik dalam ajaran sesatAbdullah HassanDewan Masyarakat1 September 1998
Ciri-ciri guru bahasa Melayu: Suatu kajian ringkasChai Loon GuanDewan Bahasa1 May 1998
Ciri-ciri menarik bahasa di kalangan pekerja wanita kilangNuwairi Hj. KhazaaiDewan Bahasa1 September 1986
1234567

Kembali ke atas