Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ri] | چيري

Definisi : sifat (unsur, tanda) yg khusus pd sesuatu (yg membezakannya drpd yg lain); ~ seks sekunder (Bio) ciri haiwan jantan (atau betina) yg membezakannya drpd haiwan betina (atau jantan), atau ciri lelaki yg mem­bezakannya drpd wanita, akibat pengaruh hormon; bercirikan mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat (yg tertentu): sajak ‘kucing’ pula dianggapnya lebih ~ prosa drpd puisi; mencirikan menjadi ciri (kpd), merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: kepelbagaian yg ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara; kerumitan sentiasa ~ proses perubahan yg dihadapi oleh sebarang sistem; pencirian perbuatan mencirikan sesuatu: teori ini bergantung pd ~ kebenaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ri] | چيري

Definisi : sl doa atau mantera yg dibaca sewaktu raja ditabalkan: Batala membaca ~nya, maka Sang Nila Utama digelar oleh Batala, Seri Teri Buana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ri] | چيري

Definisi : sifat tertentu pd sesuatu yg dpt membezakannya drpd yg lain. ~ seks sekunder ist ciri yg membezakan antara haiwan jantan dgn haiwan betina, atau lelaki dgn perempuan, yg disebabkan oleh pengaruh hormon, mis misai pd lelaki, dan buah dada pd wanita. berciri ada atau mempunyai ciri: Segala kegiatan perniagaannya ~ Islam. bercirikan mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat yg tertentu: Kita pernah mengamalkan corak pendidikan yg ~ empat sistem yg menggunakan bahasa pengantar yg berlainan, iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil. mencirikan 1 merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: Kepelbagaian ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara. 2 membuat sesuatu mempunyai ciri: Penyakit itu dicirikan oleh rasa gatal-gatal pd kulit. pencirian perbuatan mencirikan sesuatu: Teori ini bergantung pd ~ kebenaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ciri


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Ciri-ciri satria dalam novel Melayu dan Afrika moden: kajian perbandinganDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992983-62-2612-5
Ciri-ciri hamba Allah dalam al-QuranPenerbitan NottansTiada1989 
Ciri-ciri satira dalam novel Melayu dan Afrika moden : satu kajian perbandinganDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992983-62-2612-5
Ciri-ciri Keibubapaan yang berjaya Tiada1992 
Ciri-ciri satira dalam novel Melayu dan Afrika modenDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992983-62-2612-5
Ciri-ciri batuan reservoir : analisis terasDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993983-62-3218-4
Tafsiran ciri-ciri penting Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) Tiada1997 
Mekanik dan ciri-ciri jirimDewan Bahasa dan PustakaTiada1978 
Feudalisme Melayu: ciri-ciri dan pensejarahannyaUniversiti Sains MalaysiaTiada1991 
Mekanik dan ciri-ciri jirimDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1981 
12

Kembali ke atas