Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ri] | چيري

Definisi : sifat (unsur, tanda) yg khusus pd sesuatu (yg membezakannya drpd yg lain); ~ seks sekunder (Bio) ciri haiwan jantan (atau betina) yg membezakannya drpd haiwan betina (atau jantan), atau ciri lelaki yg mem­bezakannya drpd wanita, akibat pengaruh hormon; bercirikan mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat (yg tertentu): sajak ‘kucing’ pula dianggapnya lebih ~ prosa drpd puisi; mencirikan menjadi ciri (kpd), merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: kepelbagaian yg ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara; kerumitan sentiasa ~ proses perubahan yg dihadapi oleh sebarang sistem; pencirian perbuatan mencirikan sesuatu: teori ini bergantung pd ~ kebenaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ri] | چيري

Definisi : sl doa atau mantera yg dibaca sewaktu raja ditabalkan: Batala membaca ~nya, maka Sang Nila Utama digelar oleh Batala, Seri Teri Buana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ri] | چيري

Definisi : sifat tertentu pd sesuatu yg dpt membezakannya drpd yg lain. ~ seks sekunder ist ciri yg membezakan antara haiwan jantan dgn haiwan betina, atau lelaki dgn perempuan, yg disebabkan oleh pengaruh hormon, mis misai pd lelaki, dan buah dada pd wanita. berciri ada atau mempunyai ciri: Segala kegiatan perniagaannya ~ Islam. bercirikan mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat yg tertentu: Kita pernah mengamalkan corak pendidikan yg ~ empat sistem yg menggunakan bahasa pengantar yg berlainan, iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil. mencirikan 1 merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: Kepelbagaian ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara. 2 membuat sesuatu mempunyai ciri: Penyakit itu dicirikan oleh rasa gatal-gatal pd kulit. pencirian perbuatan mencirikan sesuatu: Teori ini bergantung pd ~ kebenaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ciri


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ciri-Ciri sastera rakyatTiadaUtusan Sarawak26.06.2008
Ciri-ciri buku hebatShaharom TM SulaimanKosmo28.06.2006
Ciri-ciri ayat efektifM. Said BambangHarian Metro19.03.2002
Ciri-ciri para diplomat kitaRustam A. SaniUtusan Malaysia15.08.1994
Ciri-ciri sastera panjiTiadaBerita Harian11.09.1995
Ciri-ciri sastera panjiTiadaBerita Harian04.09.1995
Ciri-ciri SasteraTiadaBorneo Mail03.09.1995
Ciri-ciri penting untuk menjadi pengarang besarTiadaBerita Harian10.09.1987
Ciri-ciri penting untuk menjadi pengarang besarTiadaBerita Harian10.09.1987
Ciri-ciri penting untuk menjadi pengarang besarTiadaBerita Harian10.09.1987
12345678910...

Kembali ke atas