Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cirit;

Peribahasa

Termakan (di)cirit berendang.

Bermaksud :

Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya.Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Termakan (di)cirit berendang.Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hangat-hangat tahi (= cirit) ayam.Tidak bersungguh-sungguh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan.Tidak mudah melakukan suatu pekerjaan, kalau tidak hati-hati tentu tidak sempurna. (Bandingkan dengan: Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghendaki pucuk alu.Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghendaki urat lesung.Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minta tanduk pada kuda.Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minta sisik pada limbat.Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minta pucuk pada alu.Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas