Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (gram.) klausa: subordinate ~, klausa subordinat; 2. (in contract, treaty, etc) fasal. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata clause


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanyakan tentang ayat berkenaan dengan bank. Adakah ayat ini dipanggil "Klausa" Rusuhan dan Mogok atau "Fasa"l Rusuhan atau Mogok? Apakah terjemahan sebenar untuk clause.Dalam bidang undang-undang, clause diterjemahkan kepada fasal. Lihat clause">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=clause untuk maklumat lanjut.Tokoh09.06.2015
Perkataan Bahasa Melayu yang betul bagi terjemahan ayat ini: Konteks - terma ICT "After development phase, all integrations and changes that need to be deployed should be consider as Corporate Social Responsibilities without charges as per clause 10 in Principal Agreement."

Untuk makluman puan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya.

Sila terjemahkan perkataan atau teks bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan terjemahan yang bersesuaian.

Penyemakan dan penterjemahan21.11.2023
Salam Tuan, Bolehkah saya gunakan Perujukan Parentesis untuk istilah Parenthetical Referencing? T. Kasih Sibly
Kata Parenthetical referencing tidak ada dalam sumber rujukan kami. Parenthetical sebagai kata umum bermaksud berparentesis atau tambahan dan dalam bentuk istilah ialah parentesis. Mengambil contoh padanan istilah parenthetical clause dalam bahasa Melayu ialah klausa parentesis, maka padanan Perujukan parentesis bagi istilah parenthetical referencing boleh diterima.
Istilah01.03.2011
1) Perubahan itu menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan ada usaha untuk menangani masalah tersebut. 2) Perubahan itu menunjuk kepada kita bahawa kerajaan ada usaha untuk menangani masalah tersebut. Ayat mana satukah yang betul? Pada pendapat saya, ayat pertama baru betul, kerana menunjukkan ialah kata kerja transitif yg memerlukan objek, dan frasa bahawa bahawa kerajaan ada usaha untuk menangani masalah tersebut ialah subordinate clause yg boleh berdiri sebagai objek. Betulkah pengertian saya?

Ayat yang tepat ialah “Perubahan itu menunjukkan bahawa kerajaan telah berusaha untuk menangani masalah tersebut.”

Lain-lain28.11.2023

Kembali ke atas