Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cok.lat] | چوکلت

Definisi : 1. sediaan makanan yg dibuat drpd biji koko panggang yg dikisar, biasanya dimanis­kan dan dibubuh perisa; 2. minuman yg dibuat dgn membancuh coklat dgn air panas atau susu; 3. gula-gula yg dibuat drpd, atau disalut dgn, coklat; 4. = warna ~ warna perang tua; warna ~ tua warna coklat yg sangat gelap; kecoklatan kelihatan agak coklat: lantai mozek berwarna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cok.lat] | چوکلت

Definisi : 1 nama sj pokok kecil atau buahnya (biji dr buahnya dijadikan serbuk utk dicampurkan dlm minuman); koko, Theobroma cacao. 2 serbuk atau tepung drpd buah koko. 3 kudap-kudapan yg dibuat drpd serbuk coklat. 4 = warna ~ warna merah tua yg kehitam-hitaman; warna spt warna coklat 3. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata coklat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH PENJODOH BILANGAN UNTUK COKLAT? SEPAPAN COKLAT TRANSLATION FROM A BAR OF CHOCOLATEPenjodoh bilangan bagi "a bar of chocolate" ialah sekeping coklat.Lain-lain05.12.2009
1) Terjemahan perkataan "Chocolate malt" yang mana adalah betul? = "Coklat malt" atau "Malt Coklat" 2) Adakah terjemahan betul untuk "chocolate malt coffee" kepada "Kopi malt coklat"?Padanan chocolate malt dalam bahasa Melayu ialah malt coklat dan chocolate malt coffee ialah kopi malt coklat.Istilah06.09.2013
1. Perkataan 'koko' adakah satu istilah bagi nama warna? 2. Apakah beza warna koko dan coklat?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, koko bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok) yg bijinya dijadikan serbuk utk dibuat minuman (coklat dll), coklat, Theobroma cacao; 2. serbuk yg diperoleh drpd biji koko setelah dipanggang dan dikisar, digunakan utk membuat coklat; 3. sj minuman (panas atau sejuk) yg dibuat drpd serbuk koko dan susu atau air. Manakala coklat bermaksud 1. sediaan makanan yg dibuat drpd biji koko panggang yg dikisar, biasanya dimaniskan dan dibubuh perisa; 2. minuman yg dibuat dgn membancuh coklat dgn air panas atau susu; 3. gula-gula yg dibuat drpd, atau disalut dgn, coklat; 4. = warna ~ warna perang tua; warna ~ tua warna coklat yg sangat gelap. Kebiasaannya dalam konteks nama warna, istilah coklat lebih tepat.

Lain-lain08.06.2010
Kedai CoklatKedai CoklatTatabahasa08.06.2007
Salam mesra. Saya Mei Ling. Saya ingin tanya sama ada terjemahan untuk 'a bar of chocolate' ialah 'sepapan coklat' atau 'sekeping coklat'. Terima kasih.Cadangan kami ialah Sekeping Coklat.Penyemakan dan penterjemahan03.10.2019
Apakah terjemahan untuk "light brown" dan "dark brown"? Adakah coklat cerah dan coklat gelap?

Istilah warna dalam bahasa Melayu untuk:

Light brown = Perang muda
Dark Brown = Perang tua

Terdapat istilah warna-warna yang tertentu mengikut ton yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun terdapat juga istilah umum yang biasa digunakan seperti istilah warna dalam soalan.

Terima kasih.

Istilah22.09.2017
Penggunaan tanda baca yang mana betul? "Kamu mahu jadi apa, asyik makan coklat sahaja?" @ "Kamu mahu jadi apa? Asyik makan coklat sahaja.""Kamu mahu jadi apa? Asyik makan coklat sahaja."Ejaan13.10.2011
Salam, bolehkah tuan/puan jelaskan, antara ayat berikut, yang manakah betul? A. Ibu banyak membeli coklat sebagai buah tangan. B. Ibu membeli banyak coklat sebagai buah tangan. Sekian, terima kasih.Ayat yang tepat ialah "Ibu membeli banyak coklat sebagai buah tangan."

Kata kerja Transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku.
Tatabahasa09.11.2012
Salam, bolehkah tuan/puan jelaskan, antara ayat berikut, yang manakah betul? A. Ibu membeli banyak coklat sebagai buah tangan. B. Ibu banyak membeli coklat sebagai buah tangan. Sekian, terima kasih.
Ayat yang betul ialah "Ibu membeli banyak coklat sebagai buah tangan."

Kata kerja Transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku.
Tatabahasa09.11.2012
Bolehkah perkataan ‘koko’ digunakan sebagai salah satu istilah untuk warna (sinonim dengan ‘coklat’)? Terima kasih.Mengikut data perkamusan dan istilah DBP, kata koko masih belum dikategorikan sebagai salah satu nama warna. Berbanding dengan kata coklat, makna bagi warna telah terakam sejak tahun 1970 (Kamus Dewan 1970, choklat). Dari segi penggunaan kata pula, penggunaan kata koko tidak boleh ditukargantikan dengan kata coklat bagi tujuan makna warna tersebut. Oleh sebab itu, kata koko tidak boleh disinonimkan dengan kata coklat. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh makna kata yang terkini.Makna27.07.2023
1234

Kembali ke atas