Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cok.lat] | چوکلت

Definisi : 1. sediaan makanan yg dibuat drpd biji koko panggang yg dikisar, biasanya dimanis­kan dan dibubuh perisa; 2. minuman yg dibuat dgn membancuh coklat dgn air panas atau susu; 3. gula-gula yg dibuat drpd, atau disalut dgn, coklat; 4. = warna ~ warna perang tua; warna ~ tua warna coklat yg sangat gelap; kecoklatan kelihatan agak coklat: lantai mozek berwarna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cok.lat] | چوکلت

Definisi : 1 nama sj pokok kecil atau buahnya (biji dr buahnya dijadikan serbuk utk dicampurkan dlm minuman); koko, Theobroma cacao. 2 serbuk atau tepung drpd buah koko. 3 kudap-kudapan yg dibuat drpd serbuk coklat. 4 = warna ~ warna merah tua yg kehitam-hitaman; warna spt warna coklat 3. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata coklat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
petalingpetalingPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Ochanostachys amentacea. daripada famili Olacaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah degung, di Sabah ialah tanggal dan tangkal, dan di Sarawak ialah petikal dan sentikal. Gubal kayu petaling berwarna coklat kuning atau coklat atau coklat merah muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat merah atau coklat merah tua. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 1105 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu petaling agak mudah dikerjakan, sederhana tahan tetapi lambat mengering. Kayu petaling sesuai untuk cerucuk, kerja binaan sederhana, perabot dan kotak.
dungundungunPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Heritiera littoralis daripada famili Sterculiaceae. Nama lain di Sabah ialah dungun laut dan melabu. Gubal kayu dungun berwarna coklat muda atau coklat kemerahan, dan berunsur-unsur bersebati dengan teras kayunya yang berwarna coklat merah atau coklat tua. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 785 hingga 1170 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang amat keras dan berat. kayu dungun kuat, sukar dikerjakan, lambat mengering, dan mempunyai ketahanan. Kayu ini digunakan untuk struktur binaan sederhana dan berat; dan sebagai kayu cerucuk, tiang, lantai tahan lasak, hulu perkakas, dan sampan.
chocolate temperingpembajaan coklatMakanan dan PemakananMakananProses meningkatkan kilatan, daya tahan dan kekerasan coklat dengan kaedah pemanasan dan penyejukan. Coklat baja sangat berkilat, keras dan cair sempurna pada suhu badan.
hessonitehesonitGeologiTiadaSejenis garnet grosular yang lut sinar, berwarna coklat kuning atau coklat kemerahan, mengandungi besi, dan digunakan sebagai permata.
hessonitehesonitKimiaTiadaSejenis garnet grosular yang lut sinar, berwarna coklat kuning atau coklat kemerahan, mengandungi besi, dan digunakan sebagai permata.
dark chocolatecoklat gelapPentadbiran PerniagaanTiadaCoklat yang sedikit pahit dan berwarna perang pekat tanpa susu.
brownstonebatu coklatGeologiTiadaBatu pasir berbesi yang berwarna coklat atau tengguli dan mengandung butiran yang biasanya bersalut dengan oksida besi.
black forest coupekup black forestPentadbiran PerniagaanTiadaKup daripada ais krim vanila dengan campuran ceri, brandi dan likuor dan dihias dengan krim putar bentuk kon, coklat gulung, ketulan coklat dan wafer.
brown coalbatu arang coklatGeografiTiadaBatu arang berwarna coklat hingga hitam kecoklatan dan dari segi darjat, terletak di antara gambut dan lignit A. Struktur tumbuh-tumbuhan asal biasanya dapat dilihat pada batu arang ini.
brown coalbatu arang coklatGeologiTiadaBatu arang berwarna coklat hingga hitam kecoklatan dan dari segi darjat, terletak di antara gambut dan lignit A. Struktur tumbuh-tumbuhan asal biasanya dapat dilihat pada batu arang ini.
12345678910...

Kembali ke atas