Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[co.lo/] | چولوق

Definisi : 1. suluh yg dibuat drpd kain buruk yg dililitkan pd kayu dll dan dicelup ke dlm minyak; 2. bilah yg dibubuhi damar (belerang dll) utk dibuat suluh; 3. belang putih pd ekor anjing yg hitam; 4. Tr mancis api; 5. bilah yg disalut dgn campuran habuk kayu, tanah liat, dll utk dibakar ketika menyembah tokong dll (biasanya digunakan oleh orang Cina); mencolok, mencoloki menyuluhi dgn colok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.lo/] | چولوق

Definisi : ; mencolok 1. mencucuk (menusuk); 2. = ~ mata a) mencucuk mata; b) ki tampak jelas, kelihatan jelas benar; c) membangkitkan marah orang yg melihat, menyakitkan hati, memberi malu: apabila berlaku peristiwa-peristiwa yg ~ mata, menyakitkan hati, kita hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.lo/] | چولوق

Definisi : Mn celup; jatuh (turun) ~ ki jatuh (turun) darjat (kedudukan dll), jatuh miskin; mencolok mencelup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.lo/] | چولوق

Definisi : 1 suluh yg dibuat drpd kain buruk yg dililitkan pd kayu dll dan dicelupkan ke dlm minyak. 2 bilah yg dibubuhi damar utk dibuat suluh. 3 bilah buluh, lidi dll yg disalut dgn campuran habuk kayu, tanah liat dsb (dibakar ketika memuja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[co.lo/] | چولوق

Definisi : ; mencolok 1 menusuk atau mencucuk mata. 2 ki terlalu nyata (kelihatan); jelas benar. 3 = ~ mata ki menimbulkan rasa meluat dsb kpd se­siapa yg melihat kerana berlebih-lebihan (ttg pakaian, kelakuan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata colok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin cadangkan istilah colok dimasukkan sebagai sebahagian daripada terjemahan incense. Saya melihat dalam PRPM, terjemahan yang ada untuk incense adalah kemenyan, dupa dan setanggi.
Saya telah merujuk Kamus Melayu-Inggeris Dewan (DBP, 2012), tiada padanan incense bagi colok. Jika colok yang dimaksudkan itu ialah 'bilah yg disalut dgn campuran habuk kayu, tanah liat dll, yg dibakar ketika menyembah tokong, utk memuja dll, biasanya digunakan oleh orang Cina', maka padanan yang diberikan ialah joss-stick. Walau bagaimanapun, pihak kami akan memberikan perhatian terhadap cadangan ini.
Penyemakan dan penterjemahan22.07.2023
penggunaan perkataan colok contoh..... mencolok mata dan menjolok mata. yang mana satu betul penggunaannya

Kedua-dua perkataan membawa maksud a.sangat jelas kelihatan, sangat nyata.b. memberi malu, menyakitkan hati. Yang biasa digunakan ialah menjolok mata. 

Tatabahasa29.02.2008
Apa beza mencolok mata dan menjolok mata?Tiada dijumpai simpulan bahasa mencolok mata. Colok ialah suluh yang dibuat darip[ada kain buruk dan dicelup dalam minyak. Mencolok bermaksud menyuluhi dengan colok, menusuk atau mencucuk, mencelup. Menjolok mata bermaksud dibenci, iaitu perkara atau perbuatan yang  melnggar batas kesusilaan dan norma masyarakat seperti cara berpakaian dan kelakuan.Makna26.06.2008

Kembali ke atas