Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[co.lo/] | چولوق

Definisi : 1. suluh yg dibuat drpd kain buruk yg dililitkan pd kayu dll dan dicelup ke dlm minyak; 2. bilah yg dibubuhi damar (belerang dll) utk dibuat suluh; 3. belang putih pd ekor anjing yg hitam; 4. Tr mancis api; 5. bilah yg disalut dgn campuran habuk kayu, tanah liat, dll utk dibakar ketika menyembah tokong dll (biasanya digunakan oleh orang Cina); mencolok, mencoloki menyuluhi dgn colok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.lo/] | چولوق

Definisi : ; mencolok 1. mencucuk (menusuk); 2. = ~ mata a) mencucuk mata; b) ki tampak jelas, kelihatan jelas benar; c) membangkitkan marah orang yg melihat, menyakitkan hati, memberi malu: apabila berlaku peristiwa-peristiwa yg ~ mata, menyakitkan hati, kita hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.lo/] | چولوق

Definisi : Mn celup; jatuh (turun) ~ ki jatuh (turun) darjat (kedudukan dll), jatuh miskin; mencolok mencelup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.lo/] | چولوق

Definisi : 1 suluh yg dibuat drpd kain buruk yg dililitkan pd kayu dll dan dicelupkan ke dlm minyak. 2 bilah yg dibubuhi damar utk dibuat suluh. 3 bilah buluh, lidi dll yg disalut dgn campuran habuk kayu, tanah liat dsb (dibakar ketika memuja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[co.lo/] | چولوق

Definisi : ; mencolok 1 menusuk atau mencucuk mata. 2 ki terlalu nyata (kelihatan); jelas benar. 3 = ~ mata ki menimbulkan rasa meluat dsb kpd se­siapa yg melihat kerana berlebih-lebihan (ttg pakaian, kelakuan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata colok


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Cinnamomum inersmedang tejaHerbaBotani dan BioteknologiPokok kecil dalam famili Lauraceae yang dikenali juga sebagai medang kemangi dan kayu manis hutan. Medang teja tumbuh di hutan primer dan sekunder di kawasan tanah pamah hingga bukit. Tumbuhan ini jenis beraroma. Daunnya jenis ringkas, tersusun bertentangan dan mempunyai tiga urat utama yang selari. Jambak bunga keluar dari hujung ranting atau ketiak daun. Buahnya memanjang seperti bujur telur. Air rebusan diminum oleh ibu selepas bersalin, dan untuk merawat demam panas. Daun yang dilumatkan dan disapukan boleh menghilangkan kesan racun sumpitan dan sakit sendi. Kulitnya dikunyah untuk merawat sakit perut dan sembelit. Minyak patinya diekstrak untuk dijadikan perisa gula-gula, kuih dan manisan. Kulit batangnya digunakan untuk menghasilkan ubat nyamuk, colok wangi, gam, cat dan gelas gentian.

Kembali ke atas