Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. upright pillar, tiang: the ~s supporting the roof, tiang-tiang yg menyokong bumbung; Nelson’s ~, tiang Nelson; 2. any column-shaped object or mass, a. (of smoke etc) kepulan, gumpalan; b. (of water) pancutan, memancut: a ~ of water shot up from the ground, pancutan air dr tanah; c. (the steering column) turus roda kemudi; 3. (journ) regular article, feature, ruang: gossip ~, ruang desas-desus; 4. a vertical row or list, lajur: write the figures in the ~s provided, tulis angka-angka di dalam lajur yg disediakan; 5. line of ships, people, etc following one another, jajaran: a ~ of soldiers, jajaran askar; a ~ of ants, jajaran semut; 6. (bot) turus. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata column


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DALAM PEMOHONAN COLUMN, HANYA ADA SENARAI PEMOHON. pATUT ADA LAGI SATU PENGHANTARAN PEMOHONAN Sila nyatakan pertanyaan tuan dengan lebih jelas.Lain-lain22.09.2017
Salam sejahtera, Adakah "Latched" sesuai diterjemahkan kepada "Selak" atau "Terselak"? Frasa ini digunakan dalam bidang kejuruteraan. Contoh ayat: Make certain the steering column is latched and won't move. Sekiranya tuan/puan mempunyai cadangan yang lebih baik, sila nyatakan. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan “latched” dalam contoh ayat diberikan ialah “diselak”.Istilah26.10.2018
Apakah padanan Inggeris bagi perkataan Bahasa Melayu kepala air?
Adakah rapid wavefront dan stream water overflow boleh digunakan?
Kami mencadangkan padanan yang sesuai untuk istilah "kepala air" dalam bahasa Inggeris ialah "rain forest watershed", "drainage basin" atau "sudden large water column". Untuk makluman, "kepala air" juga dikenali sebagai "lidah air", iaitu hujung aliran air (banjir dan sebagainya) yang mula-mula datang, khususnya dari hulu sungai. (Rujukan: Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Istilah14.11.2020
Adakah perkataan "as a result carry over from raw materials or other ingredients" yang diterjemahkan sebagai "berikutan pembawaan masuk daripada bahan mentah atau ramuan lain." dalam ayat di bawah ini tepat. Kami bercadang untuk menterjemahkannya sebagai "disebabkan dibawa masuk bahan mentah atau ramuan lain". Adakah perkataan "daripada" yang ditinggalkan dalam cadangan terjemahan ini dibolehkan. 389.(5) No food additive, other than those specified in column (1) of Table II to the Twenty-first Schedule, shall be present in infant formula as a result of carry over from raw materials or other ingredients. 389.(5) Tiada suatu pun aditif makanan, selain daripada aditif makanan yang dinyatakan dalam ruang (1) Daftar II kepada Jadual Kedua Puluh Satu, boleh didapati dalam rumusan bayi berikutan pembawaan masuk daripada bahan mentah atau ramuan lain.

Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk ayat “389.(5) No food additive, other than those specified in column (1) of Table II to the Twenty-first Schedule, shall be present in infant formula as a result of carry over from raw materials or other ingredients.” ialah:





389.(5) Tiada bahan tambahan makanan, selain yang dinyatakan dalam lajur (1) Jadual II dalam Daftar Dua Puluh Satu, boleh didapati dalam rumusan bayi berikutan penambahan bahan mentah atau ramuan lain.
Makna18.07.2021

Kembali ke atas