Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n iklan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. of, rel to commerce, perdagangan: ~ law, undang-undang perdagangan; ~ English, bahasa Inggeris perdagangan; 2. (derog) made, done for profit, mementingkan keuntungan, komersil: his latest novel is rather ~, novel terbarunya agak komersil; 3. a. likely to produce profit, boleh mendatangkan keuntungan: silver was found in ~ quantities, perak dijumpai dlm jumlah yg boleh mendatangkan keuntungan; b. producing profit, /mengaut, meraih/ keuntungan: everyone was confident that the film would be a ~ success, semua orang yakin bahawa filem itu akan berjaya mengaut keuntungan; 4. sponsored by charges made for advertising, komersil: ~ television, televisyen komersil; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata commercial


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menterjemah Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu: -"Large Commercial" -"Retail Commercial"Dalam data kamai, tiada padanan khusus bagi perkataan large commercial dan retail commercial dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan kami  bahasa Melayu bagi perkataan large commercial ialah perniagaan/perdagangan berskala besar dan retail commercial pula dipadankan sebagai perniagaan/perdagangan runcit.Penyemakan dan penterjemahan14.06.2016
apa "Commercial Financial Sector" dalam BM? Sektor Kewangan Perdagangan atau Sektor Kewangan Komersil

Puan Noryeen,

Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah sektor kewangan perdagangan.

Istilah13.01.2010
terjemahan untuk "commercial-in-confidence"Untuk makluman, istilah"commercial-in-confidence" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun,  konsep istilah ini sama dengan "confidential information". Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah maklumat sulit.Istilah22.01.2013
Apakah padanan "commercial confidentiality" dalam bidang perniagaan?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah commercial confidentiality ialah kerahsiaan perusahaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah19.08.2023
salam, ketika bila penggunaan 'commercial' diterjemahkan kepada dagangan atau perdagangan dalam istilah ekonomi dan perdagangan? t.kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perdagangan bermaksud perihal berdagang, urusan ber­niaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha untuk memaju­kan ~ antara negara-negara yang sedang maju;


Dagangan pula bermaksud barang-barang yang diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri daripada kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang.

Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat dan lazimnya perdagangan digunakan bagi terjemahan commercial. Puan boleh merujuk data melalui commercial">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=commercial .
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016
Assalamualaikum, Saya adalah pelajar phD bidang pengajian bahasa. Saya sedang membuat kajian tentang wacana iklan. Saya inginkan kepastian daripada pihak tuan tentang istilah iklan non commercial. Dalam Bahasa Indonesia digunakan istilah Iklan Layanan Masyarakat. Dalam Bahasa Melayu, apakah istilah yang sesuai ? Saya amat berharap pihak tuan dapat membant saya dalam hal ini. Terima kasih.Waalaikumsalam WBT. Cadangan kami bagi istilah "iklan non commercial" ialah iklan khidmat masyarakat atau pesanan khidmat masyarakat.Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
Apakah perkataan yang betul untuk 'BARU'. Is it BARU or BAHARU? Most of the advertising esp on TV commercial lately are using perkataan BAHARU instead of BARU. I need clarification, which one is the official and correct word to use in all communication (TVC, Billborad, Newspaper, brochure. leaflet etc). Need your advise asap. Thanks!Perkataan "baru" dan "baharu" kedua-duanya betul dan mempunyai maksud yang sama. Rujuk Kamus Dewan: kata "baharu" merujuk "baru" iaitu belum (tidak) ada sebelumnya atau yang belum lama wujud. Namun, dalam penggunaannya terdapat perbezaan, iaitu bagi maksud just, contoh: Dia baru sampai dari Pulau Langkawi; dan bagi maksud new, contoh : Ali membeli baju baharu.Istilah18.03.2009
Terima kasih atas nasihat tentang "Bajet-K" yang soalan dikemukakan pada 28 Apr. Apa yang saya ingin tahu ialah adakah "Bajet-K" boleh dipakai sebagai nama product untuk di jual commercial.Pada pendapat kami nama Bajet-K tidak sesuai untuk dijadikan sebagai nama produk (ubat gigi seperti yang saudara maklumkan dalam pertanyaan yang lepas) kerana tidak menggambarkan kebudayaan Malaysia dan perkataan Bajet iti sendiri biasanya digunakan dalam situasi tidak rasmi (bahasa lisan).Lain-lain30.04.2009
Apakah perbezaan antara Pengkomersil dan Pengkomersialan? Adakah penggunaan istilah/tatabahasa bagi Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan, Aras 1, Pusat Komersil betul?Untuk makluman istilah pengkomersialan (commercialization) bermaksud perihal memperdagangkan atau menjadikan sesuatu barang dan lain-lain untuk dijual beli. Istilah pengkomersial tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Pusat Perhubungan Perindustrian dan Pengkomersialan (Industrial Relation and Commercialization Centre). Pusat Komersial atau Pusat Perdagangan ialah padanan bahasa Melayu untuk Commercial CentreIstilah23.05.2011
Saya sedang menulis buku berkaitan natural farming. Apakah terjemahan yang paling cocok untuk natural farming? Adakah Pertanian Alami sebagaimana saudara kita, Indonesia terjemahkan?

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “natural farming”.

Walau bagaimanapun, terdapat istilah dalam bidang pertanian iaitu “natural planting” yang dipadankan sebagai tanam semula jadi dan “commercial farming” yang dipadankan sebagai pertanian dagangan.

Oleh itu, cadangan kami bagi istilah “natural farming” ialah pertanian semula jadi.

Istilah09.10.2019

Kembali ke atas