Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. of, rel to, based on competition, bersaing; (tech) bersaingan; (in sports) pertandingan: private colleges tend to be ~, kolej-kolej swasta cenderung bersaing; ~ prices, harga bersaingan; ~ market, pasaran bersaingan; ~ badminton, badminton pertandingan; 2. liking to compete, suka bersaing: she’s ~ by nature, memang perangainya suka bersaing. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata competitive


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah 'competitive advantage' boleh diterjemahkan kpd 'Kelebihan Persaingan' atau ada yang lebih tepat? Maksud competitive advantage dari sudut ekononi ialah 'a condition or circumstance that puts a company in a favourable or superior business position'.

Maksud competitive advantage ialah kelebihan saingan yang bermaksud kelebihan sesuatu syarikat untuk bersaing dalam pasaran suatu industri. Sinonim:competitive edge

Makna20.05.2020
Tuan/ Puan Saya ingin bertanya adakah "competitive" boleh juga diterjemahkan sebagai persaingan? Terima kasihDalam bidang peristilahan competitive diterjemahkan kepada saing, saingan dan persaingan mengikut konteks penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, lihat competitive">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=competitive.Istilah20.07.2015
Apakah daftar istilah untuk "Competitive Advantage"? Bolehkah "kelebihan kompetitif" digunakan selain "kelebihan bersaingan"?Padanan istilah bagi 'competitive advantage' ialah kelebihan saingan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. 
Istilah27.07.2022
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "Competitive intelligence (CI) gathering" sesuai diterjemahkan kepada "Pengumpulan Risikan Saingan (CI)"? Frasa digunakan dalam bidang undang-undang. Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Cadangan terjemahan pengumpulan risikan saingan boleh diterima sebagai padanan competitive intelligence gathering.

Penyemakan dan penterjemahan24.11.2018
Salam, boleh tolong terjemahkan perkataan yang berikut "Sustainable competitive advantage"Tuan/puan, untuk terjemahkan yang betul sila kemukakan kepada Persatuan Penterjemah Negara atau Institut Terjemahan Negara. Walau bagaimanapun, kami mencadangan perkataan "Kelestarian Persaingan Saling Teraju".Tatabahasa27.03.2014
Boleh saya dapat terjemahan perkataan di bawah dalam bahasa Melayu: 1. Colometric end point 2. Read spectrophotometrically 3. Fixed Stage Upright Microscope 4. Frosted slide 5. Competitive inhibition enzyme immunoassay 6. Pre-coated antibody specific 7. Unlabeled LH 8. Avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) 9. Biotin labeled rat LH 10. Assay diluents 11. Detection reagent 12. Non-specific binding well 13. Total activity well 14. Goat anti-Mouse IgG 15. Mouse IgG 16. Absolute etanolUntuk makluman, semua istilah yang dikemukakan belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus. Walau bagaimanapun, bersama-sama ini diberikan cadangan padanan istilah bahasa Melayu. Sekiranya padanan bahasa Melayu yang diberikan tidak sesuai, sila berikan konsep istilah tersebut. 
1. colometric end point - Tidak ada perkataan colometric, yang ada ialah colorimetric. Padanan yang dicadangkan ialah takat akhir kolorimetri.
2. read spectrophotometrically - spektrofotometrik baca
3. fixed stage upright microscope - mikroskop tegak tapak tetap
4. frosted slide - slaid kabut
5. competitive inhibition enzyme immunoassay - imunocerakin enzim perencatan bersaingan
6. pre-coated antibody specific  - antibodi prasalut spesifik
7. unlabeled LH - LH tanpa label
8. avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) - avidin berkonjugat kepada remunggai peroksidase
9. biotin labeled rat LH - LH tikus terlabel biotin
10. assay diluents - pencair cerakin
11. detection reagent - bahan uji pengesanan atau reagen pengesanan
12. non-specific binding well - telaga ikatan tak spesifik
13. total activity well  - telaga aktiviti total
14. goat anti-mouse IgG - IgG antitikus kambing
15. mouse IgG - IgG tikus
16. absolute etanol -etanol mutlak
Istilah13.08.2012
Apakah terjemahan bagi teori berikut: 'Absolute Advantage Theory', 'Comparative Advantage Theory', 'International Product Life-Cycle Theory' dan 'Competitive Advantage Nations Theory' dalam bahasa melayu?Salam Saudara. Mohon maaf kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan, sebaliknya kami menyediakan perkhidmatan penyemakan terjemahan. Maksudnya, Saudara perlu mengemukakan cadangan terjemahan teori berkenaan dalam bahasa Melayu terlebih dahulu dan disertakan maklumat ringkas atau sinposis konteks kandungan teori tersebut. Melalui maklumat tersebut kami akan menyemak penterjemahan tersebut dan mengesahkannya. Harap maklum dan terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan27.07.2014
Salam Tuan / Puan Saya ingin bertanya, adakah istilah "pendekatan berdaya saing asas" atau "pendekatan asas yang berdaya saing" dapat digunakan untuk diterjamahkan daripada " there are two basic competitive approach" Terima kasih di atas panduan dan oertolongan yang pihak tuan berikan.Pada pandangan kami, frasa yang lebih tepat ialah "pendekatan asas yang berdaya saing".Tatabahasa20.07.2015

Kembali ke atas