Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act of forming idea, notion, mengkonsepsikan; 2. notion, idea, konsepsi, tanggapan: different people have different ~s about life, lain orang lain konsepsinya ttg kehidupan; 3. inception of pregnancy, penghamilan, mengandung. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata conception


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud 'conception' dalam konteks bidang Psikologi PerkembanganDalam bidang psikologi, konsepsi bermakna pengertian atau pemahaman atau tanggapan tentang sesuatu atau idea yang digarap dalam pemikiran manusia, yang kemudiannya diberi makna melalui lambang.Makna09.07.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagaimana perkataan "address" dalam konteks ayat berikut dapat diterjemahkan dengan tepat: I chose these variables because alternative conception is a common issue among students when learning science, and the Gravi-STEM module is designed to "address" this problem. Terima kasih

Kami mencadangkan padanan “menangani”, “menyelesaikan”, “menghuraikan”, “mengatasi”, atau  “menjelaskan” untuk perkataan address. Padanan  ini bergantung pada kesesuaian  serta konsep dan konteks penggunaannya.

Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Makna20.02.2023
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) cultural infusion between the north and south – pengharmonian budaya @ penerapan / asimilasi budaya antara bahagian utara dengan bahagian selatan?? (2) artistic conception @ artistic mood - konsepsi artistik?? (3) put oneself into others’ shoes – memikirkan dari sudut orang lain?? (4) Classical Prose Movement – Kempen / Gerakan Prosa Klasik @ Kempen/gerakan reformasi susastera?? (5) modes of ancient Chinese music - mod muzik China purba? (6) literary creation – penciptaan karya sastera @ pengkaryaan sastera? (7) conditions for life – syarat kehidupan? Keadaan kehidupan? Keperluan kehidupan? (8) great man – insan yang hebat/ unggul/ terpuji/ mulia @ personaliti unggul? (“Great man” di sini merujuk kepada seseorang yang berkeperibadian tinggi dan mempunyai aspirasi yang jitu, jujur dan lurus serta mengamalkan cara hidup yang ringkas dan sederhana) Terima kasih.

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:



1. cultural infusion between the north and south: pemaduan budaya utara dan selatan

2. artistic conception: konsepsi seni/konsepsi artistik

3. artistic mood: suasana seni/suasana artistik

4. put oneself into others’ shoes: meletakkan diri pada situasi orang yang berkaitan 

5. Classical Prose Movement: Gerakan Prosa Klasik

6. modes of ancient Chinese music: mod muzik China purba 

7. literary creation: penciptaan karya sastera 

8. conditions for life: keadaan kehidupan

9. great man: insan hebat/insan unggul 



Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Makna30.07.2021

Kembali ke atas