Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1. benda (sebahagian benda-benda) yg sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dgn semua benda drpd jenisnya, benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama sifat­sifatnya: jangan kirim barang itu dahulu, kirim ~nya saja; 2. benda yg lain, benda utk ditiru, model: guru membuat ~ di papan hitam utk murid-murid; 3. acuan, cetakan; 4. perbuatan (kelakuan, hal) yg menjadi teladan: tindak-tanduk guru menjadi ~ bagi murid; mengambil ~ kpd yg sudah, mengambil tuah kpd yg menang prb sesuatu yg hendak ditiru itu biarlah drpd contoh yg telah memberi hasil yg baik; bagaimana ~, begitulah kuihnya prb anak itu menurut sifat atau teladan drpd orang tuanya; mencontoh mengambil jadi contoh, menela­dan, meniru: kelakuan buruk jangan dicontoh; mencontohi 1. membuat sesuatu dgn meng­ikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula me-nunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW; 2. ark memberi contoh kpd; mencontohkan 1. mencontoh; 2. = mempercontohkan memberikan sesuatu sbg contoh, menjadikan contoh: masalah ini samalah spt seseorang melihat sebuah rumah yg saya contohkan dahulu; contohan yg menjadi contoh: Hang Tuah memperlihatkan kelakuan ~ melalui perbuatan dan kata-katanya; percontohan 1. benda-benda yg dijadikan contoh (spt barang dagangan dll); nombor ~ nombor contoh (penerbitan, majalah, dll); 2. benda utk ditiru, model: desa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1 sesuatu atau sebahagian drpd barang dagangan yg diberikan utk memperlihatkan rupanya (keadaannya dsb); sampel: Barang-barang dlm pameran itu tidak dijual, cuma ~ saja. 2 sesuatu yg diadakan utk ditiru; sesuatu yg menjadi teladan utk membuat benda lain: Guru membuat ~ di papan hitam, murid-murid menirunya. 3 perbuatan atau kelakuan yg menjadi ikutan; teladan: Kerajinannya belajar menjadi ~ kpd kawannya. 4 acuan: Bagaimana ~ begitulah kuihnya. mencontoh mengambil contoh drpd; membuat sesuatu menurut contoh; meniru: Dia sedang asyik ~ gambar yg ada di dlm buku itu. Buatlah hitungan itu sendiri, tidak usah ~ temanmu. mencontohi memberi contoh kpd; menunjukkan contoh kpd: Ibu bapa patut ~ anak-anak mereka. mencontohkan menunjukkan sesuatu sbg contoh; menjadikan contoh: Gadis itu ~ cara-cara hendak menggubah bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata contoh

Peribahasa

Bagaimana acuan begitulah kuihnya;
     bagaimana contoh begitulah gubahannya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
adducible, adduceableadj dapat /dikemukakan, diutarakan, diajukan/: ~ examples, contoh-contoh yg dapat dikemukakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foregoingadj di atas, sebelum ini: the ~ examples illustrate the usage of this word, contoh-contoh sebelum ini menunjukkan penggunaan perkataan ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
archaicn 1. ancient, kuno, purbakala: examples of ~ Egyptian art, contoh-contoh seni kuno Mesir; 2. antiquated, ketinggalan zaman: his attitude towards women is positively ~, sikapnya thdp wanita betul-betul ketinggalan zaman; 3. (of words, vocabulary, etc) kuno.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
transcription2. st transcribed, transkripsi, salinan: specimens of the Yorkshire dialect in phonetic ~, contoh-contoh dialek Yorkshire dlm transkripsi fonetik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accumulationn 1. amassing, a. (of wealth, fortune, works of art, etc) pengumpulan, penghimpunan: the ~ of a representative collection of the artist’s work, pengumpulan contoh-contoh karya pelukis itu; b. (of knowledge, experience) penampungan, pengumpulan; c. (of debts) terhimpunnya; 2. collecting, gathering, pengumpulan: the ~ of examples of errors in the use of language, pengumpulan contoh-contoh penyalahgunaan bahasa; 3. growing into a heap or large amount, bertimbunnya: the steady ~ of silt at the river mouth, bertimbunnya kelodak secara berterusan di muara sungai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pattern4. example by person or thing deserving of imitation, contoh, teladan: the Benson orientation course set a ~ which other departments followed, kursus orientasi Benson menjadi contoh yg diikuti oleh jabatan-jabatan lain; Mother Theresa is a ~ of humility and charity, Mother Theresa ialah contoh orang yg rendah hati dan penuh belas ihsan; 5.sample piece of material like carpet, linoleum, etc, contoh, sampel: a booklet containing the latest ~s of silks, sebuah buku kecil yg mengandungi contoh-contoh kain sutera yg terbaru;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
modeladj exemplary, contoh: a ~ teacher, guru contoh; ~ farm, ladang contoh; a ~ hospital, hospital contoh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
generalizevi 1. draw a conclusion etc after considering a small body of facts, membuat /anggapan umum, generalisasi/: I don’t think you can ~ from so few examples, saya rasa saudara tdk boleh membuat anggapan umum berdasarkan contoh-contoh yg terlalu sedikit itu; 2. make vague indefinite statements, talk in general terms, membuat generalisasi: he is always generalizing and avoids dealing with details, dia selalu membuat generalisasi dan mengelak drpd membincangkan perincian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
examplen 1. typical specimen or instance, contoh: this is a fine ~ of Renaissance art, ini ialah satu contoh seni zaman Renaissance yg baik; 2. fact or thing illustrating general rule, contoh: this dictionary gives many ~s, kamus ini memberikan contoh yg banyak; 3. a. person who is worthy of being copied, contoh: a diligent worker, he was an ~ to the rest of the employee’s, seorang pekerja yg rajin dia menjadi contoh kpd pekerja-pekerja lain, b. behaviour, quality that is worthy of being copied, teladan, contoh: their courage in the face of the enemy should be an ~ to us all, keberanian mereka menghadapi musuh sepatutnya menjadi teladan bagi kita semua; 4. warning, teladan, peringatan: let his fate be an ~ to you, biarlah nasibnya menjadi teladan kpd kamu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
specimen2. sample handwriting, book, etc, contoh: this card bears a ~ signature, kad ini mempunyai contoh tandatangan; the printer has sent some ~ pages which show the format of the dictionary, pencetak telah menghantar beberapa muka surat contoh yg menunjukkan format kamus itu; the house is a fine ~ of Georgian architecture, rumah itu ialah contoh baik seni bina zaman George;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas