Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n yg sebaliknya, kebalikan; (ref to words) lawannya, kebalikan: if I ask him to do st he will do the ~, jika saya menyuruh dia membuat sst dia akan melakukan yg sebaliknya; his opinion is quite the ~, dia berpandapat sebaliknya; the ~ of “hard is soft”, keras lawannya lembut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. opposed, opposite, bertentangan; (of words) berlawanan: ~ to the doctor’s advice, he went back to work the very next day, bertentangan dgn nasihat doktor, dia kembali bekerja keesokan harinya; the result is ~ to our expectation, keputusan itu berlawanan dgn harapan kami; his conduct is ~ to the rules of the school, tingkah lakunya bertentangan dgn peraturan sekolah; ~ opinions, pendapat yg bertentangan; “fast” and “slow” are ~ terms, “cepat” dan “lambat” ialah kata yg berlawanan; 2. (of wind) sakal; 3. obstinate, difficult, suka membantah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : by contraries, contrary to expectation, sebaliknya: many things in our lives go by contraries, banyak perkara dlm hidup kita yg berlaku sebaliknya; on the ~, sebaliknya: he accused me of slacking, when, on the ~, I had been working hard, dia menuduh kerja saya telah merosot, sebaliknya saya bekerja kuat; to the ~, sebaliknya: I shall expect you tomorrow unless I hear to the ~, saya akan menunggu kedatangan kamu esok kecuali diberitahu sebaliknya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata contrary


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Apa padanan "institute" dalam Bahasa Melayu bagi konteks di bawah: "34. Notwithstanding the provisions of any written law to the contrary, in civil proceedings by or against the Universiti- (a) ...; or (b) ..., may, on behalf of the Universiti, commence, institute, appear in and condut such proceedings and may make and do all appearances, acts, and applications in respect of such proceedings.". Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan bahasa Melayu ialah institut. 

Sila rujuk Persatuan Penterjemah Malaysia untuk terjemahan yang lebih tepat.
Penyemakan dan penterjemahan07.10.2021
Sama ada yang betul adalah "apa-apa barang-barang" atau "apa-apa barang". Bagaimanakah perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan ini. Bagaimana pula dengan perkataan "disifatkan" dalam ayat di bawah ini, "disifatkan sebagai" atau "disifatkan termasuk". Bagaimanakah perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan ini. Price deemed to include tax 12. (1) Where in any advertisement the price of any goods or services is quoted, such price shall, unless the contrary appears, be deemed to include all eligible government taxes and duties and any other charges. 12. (1) Jika dalam mana-mana iklan harga apa-apa barang-barang atau perkhidmatan disebut, harga itu hendaklah, melainkan jika ternyata sebaliknya, disifatkan termasuk semua cukai dan duti kerajaan yang layak dan apa-apa caj lain.Barang atau barangan bermaksud benda atau perkhidmatan yang dijualbelikan. Oleh yang demikian, frasa "apa-apa barang" sudah betul manakala "apa-apa barang-barang" menunjukkan lewah bahasa. Dalam konteks contoh ayat yang diberikan, perkataan "disifatkan termasuk" lebih sesuai digunakan berdasarkan padanan kata bahasa Inggeris "be deemed to include".Lain-lain30.07.2021

Kembali ke atas