Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cth


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya apakah maksud perkataan di bawah.. cth: jogi berhaman bujangga apakah maksud haman? cth: Ikhlas akan tumbuh dan meruncup, menghilangkan perasaan ujub. apakah maksud meruncup? cth: Ada di sisi gunung itu kandang baginda, ... diukir pelbagai warna, dan nakas, dan selimpat. apakah maksud nakas? Ketiga-tiga perkataan tidak wujud sama ada dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 juga kamus-kamus Melayu lain. Oleh itu saya ingin memastikan adakah perkataan ini wujud dan apakah maksudnya. Terima Kasih.Jawapan untuk soalan ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam dan pihak DBP memerlukan  sedikit waktu lagi untuk menjawabnya.Istilah25.10.2010
1. Standard penulisan tarikh dalam BM/surat menyurat : Cth : 23 Jun atau 23hb Jun?? 2. Untuk menulis sesuatu tajuk, ejaan perkataan spt cth : dalam, dan, serta, bagi, untuk, atau - perlu atau tidak awalan huruf besar cth : Mesyuarat Pembangunan Modul Projek Sarjana dan Pemurniaan Manual Kerja Projek Sarjana serta Penilaian Proposal Projek sarjana bagi Semester 1 09/10 3. Ejaan Maklum balas/Maklumbalas 4. ayat betul : makan di atas meja atau makan di meja? Terima kasih.Cara penulisan tarikh ialah 23 Jun 2009, tetapi  penulisan yang baku ialah 23hb. Jun 2009. Cara yang kedua ini lebih kepada dokumen undang-undang. Ejaan kata bantu  dalam frasa ditulis huruf kecil seperti dan, dalam,dan sebangainya. Ejaan yang betul ialah maklum balas. Ayat yang gramatis ialah makan di meja. Lain-lain15.06.2009
Novel “Salina” (A. Samad Said, 2003) – cth. hlm. 46 dan 90 Buku Ilmiah “Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden” (Othman Puteh dan Ramli Isin, 2003) – cth. hlm. 122, 123, dan 37 Antologi Sastera “Riak Kabus Danau Maninjau” (Hamzah Hamdani dan Abdullah Hussain, 1999) – cth. hlm. 48 dan 75 Karya di atas dirujuk bagi meninjau penggunaan elipsis (. . .) dan juga elipsis bernoktah (. . . .). Dalam karya ini, kedua-duanya digunakan mengikut fungsi tertentu. Menurut “Gaya Dewan”, tidak dinyatakan yang elipsis perlu diakhiri noktah, malah elipsis pada hujung ayat tidak disusuli noktah [rujuk hlm. 72 perenggan kedua (iii) dan ketiga (b)]. Soalan saya: 1. Atas wajaran apakah elipsis bernoktah (. . . .) ini diadakan dan kelihatan (mungkin) tidak mematuhi “Gaya Dewan”? Saya percaya karya DBP yang diterbitkan sebelum “Gaya Dewan” telah menggunakan elipsis bernoktah tetapi tidak kedapatan penggunaannya dalam “Gaya Dewan”. 2. Apakah perbezaan dari segi konteks penggunaan antara elipsis (. . .) dengan tiga titik (...)? Berdasarkan soalan yang pernah diajukan di PRPM, jawapan Khidmat Nasihat DBP pada 1.12.11 (tiada penggunaan 4 titik) bercanggah daripada amalan dalam karya DBP [ada penggunaan 4 titik, (elipsis bernoktah)] dan dalam jawapan 15.6.10, elipsis bernoktah ditulis sebagai “... .” dan bukan “. . ..” atau “. . . .”. Keputusan carian ini berdasarkan carian “.... elipsis” yang ditaip dalam kotak carian. Terima kasih atas penyelidikan teliti dan jawapan diberikan.Kami memohon maaf kekeliruan yang timbul. Setelah merujuk pihak yang pakar, tanda elipsis yang digunakan di akhir ayat perlu tanda noktah. Tanda elipsis ditulis seperti berikut "... .", yakni ada jarak selepas tanda elipsis.

Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara atas kajian dan penyelidikan yang sangat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu.
Tatabahasa19.06.2013
Pertanyaan penggunaan bahasa yang betul. i. Reka bentuk atau rekabentuk. Cth. Unit Rekabentuk ii. Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya iii. Rujukan pada kontrak/garis panduan. Cth. Menurut klausa 12 syarat-syarat kontrak. Penggunaan menurut atau mengikut? klausa atau perenggan atau para yang sesuai kepada kontrak/garis panduan? iv. kemudahan atau fasiliti. cth tanjakan aras (ramps)/ tandas OKU merupakan kemudahan atau fasiliti OKU v. kebolehaksesan atau aksesibiliti. Cth. akses kepada sistem. sekian, terima kasih.1. Ejaan yang tepat ialah reka bentuk.
2. Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan.
3. Rujukan pada kontrak/garis panduan - kedua-duanya boleh digunakan.
4. Menurut atau mengikut - kedua-dua perkataan ini boleh digunakan.
5. klausa atau perenggan atau para  - kontrak/ garis panduan klausa dan perenggan sesuai digunakan manakala para merujuk kepada bilangan jamak seperti "para pelajar", para guru dan lain-lain.  
6. kemudahan atau fasiliti - untuk maklum, kata facility diberikan padanan kemudahan dalam bahasa Melayu, tidak ada perkataan fasiliti dalam Kamus Dewan.Oleh sebab itu, gunakanlah perkataan kemudahan dalam penulisan tuan.
7. Istilah bahasa Melayu yang lain bagi accessibility ialah kebolehcapaian.
Istilah09.06.2017
Tuan, Cth ayat: Gadis itu cantik bagai bulan purnama Tuan , adakah bagi pola ayat ini ialah Frasa Nama + Frasa Adjektif Atau Frasa Nama + Frasa Sendi ? Yang mana satu betul?Gadis itu cantik bagai bulan purnama. Pola ayat tersebut ialah FN + FA.Tatabahasa17.10.2015
sayembara..?????/ cth ayat....plsSayembara sama maknanya dengan pertandingan atau peraduan. Contoh ayat, Sayembara lagu puisi peringkat akhir akan diadakan pada minggu hadapan di DBP. Satu contoh ayat lagi ialah, Satu sayembara memanah telah dijalankan antara Seri Rama dengan Arjuna bagi menentukan siapakah yang berhak mengahwini Sita Dewi.Makna09.11.2006
msud alomorf cth-bgi imbhan meN-..kan?

Soalan saudara kurang jelas, sila gunakan bahasa Melayu dengan ejaan yang betul.

Lain-lain24.06.2011
bhs supranasional???? cth utk bhs ini...Bahasa supranasional ialah bahasa yang melangkaui sempadan atau kepentingan negara.Lain-lain08.11.2006
mohon penjelasan penuh dari segi tatabahasa malaysia (cth; kata kerja, kata bilangan dan sebaginya); ayat berbunyi: (abang ceraikan kakak kamu, cerai,cerai,cerai)1. Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Cth. kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Cth. kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi, terbitan DBP.
2.Kata bilangan boleh dibahagikan kpd. dua, iaitu kata bilangan kardinal (menyatakan jumlah secara keseluruhan, cth: dua, tiga puluh, empat puluh sembilan) dan kata bilangan ordinal (ditulis dgn. angka, cth: 2, 30, 49). Untuk makluman, kata ordinal kesatu boleh bertukar ganti dengan pertama yang merupakan pinjaman bahasa Sanskrit. 2. Kata kerja transitif - kata kerja yg. mengandungi objek yg. terdiri drpd. frasa nama utk melengkapkan maksudnya. Cth: menendang bola, menaiki bas). Kata kerja tak transitif - kata kerja yg. tak memerlukan penyambut/objek sesudahnya. Kata kerja jenis ini boleh dibahagikan kpd. dua subgolongan, iaitu: i) Kata kerja tak transitif berpelengkap (cth: Mereka tinggal di kampung, dia menjadi guru) ii) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap (cth: padi sedang menguning, pemuda itu tersenyum). Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hal. 140- 145.
Tatabahasa25.04.2012
Assalamualaikum. Saya ada soalan berkenaan pengunaan elipsis bersama tanda baca:- 1) Adakah perlu untuk diberikan 'spacing' sebelum elipsis (cth: "ke detik itu ...")? 2) Adakah perlu diberikan 'spacing' selepas elipsis dan sebelum tanda baca (cth: "ke detik itu ... ." atau "ke detik itu ... ?") atau dirapatkan elipsis dan tanda baca (cth: "ke detik itu ....") Terima kasih.Selamat ptg.

Jawapan 1. Tidak perlu.
Jawapan 2. ke detik itu... ?

Sekian, terima kasih.
 
Tatabahasa01.06.2016
12345678910...

Kembali ke atas