Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cuai] | چواي

Definisi : 1. tidak hati-hati dlm membuat sesuatu, lalai, abai: orang yg menjaganya ~, sebab itu budak-budak itu jahat belaka; 2. tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga; mencuaikan 1. mengabaikan, melalaikan, tidak mengendahkan (tugas, pekerjaan, dll): rumah tangga yg dicuaikan kerana berkhidmat kpd tanah air; 2. menganggap tidak penting (tidak berharga, rendah, dll); kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu; pencuaian perihal mencuaikan, pelalaian: ~ perintah itu boleh menimbulkan masalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cuai] | چواي

Definisi : 1 tidak hati-hati membuat se­suatu; kurang peduli terhadap sesuatu; lalai: Jangan ~ belajar. 2 tidak penting; tidak berharga. mencuaikan 1 tidak mengendahkan (pekerjaan, tugas dll); melalaikan; mengabaikan. 2 menganggap tidak penting. kecuaian sifat atau keadaan cuai; kelalaian: Kemalangan itu terjadi kerana ~ pemandu lori tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
presumed negligencekecuaian terandaiPentadbiran PerniagaanTiadaMenurut doktrin ini, individu akan diandaikan cuai sekiranya didapati keadaan menyebabkan sesuatu kecederaan atau kerugian itu adalah di bawah kawalannya dan sekiranya boleh dibuktikan kerugian hanya berlaku jika individu tersebut cuai.
negligentcuaiKejuruteraanTiadaTiada
negligentcuaiUndang-undangTiadaTiada
fool-proofkalis cuaiKomunikasi MassaTiadaTiada
hostile-neglectful parentsibu bapa berseteru-cuaiPsikologiTiadaTiada
malicious or negligent actperbuatan jahat atau cuaiUndang-undangTiadaTiada
breach of bondpelanggaran bonUndang-undangTiadaCuai atau tidak mengikuti dan/atau memenuhi bon yang dibuat.
breach of warrantyperlanggaran warantiUndang-undangTiadaCuai melaksanakan, menyempurnakan, tidak mematuhi atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan waranti.
morale hazardbahaya morelinsuransTiadaBahaya yang timbul daripada sikap cuai dan tidak peduli terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan tanpa mengira sama ada ia mempunyai perlindungan insurans atau tidak.
bad faithniat jahatUndang-undangTiada1. Mengelirukan atau menipu.,2. Cuai atau enggan memenuhi sesuatu kewajipan atau obligasi kontrak, bukan kerana kesilapan tetapi kerana kepentingan atau niat buruk.
123

Kembali ke atas