Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ba.an] | چوباءن

Definisi : 1. sesuatu yg dialami (dilakukan) utk mencuba (menguji), ujian, dugaan: kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~; 2. usaha (utk mencapai sesuatu): pd kurun ke-20 telah ada ~ utk memahami Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ba.an] | چوباءن

Definisi : sesuatu yg dilakukan (dialami) utk mecuba; ujian; dugaan: Sabarlah menerima ~ Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cubaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
cubaan..cubaan 123Tiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula.Lain-lain06.02.2014
cubaancubaan berjayaLain-lain21.02.2019
cubaan satu dua tigadijawabBadan Penulis08.01.2020
Cubaan untuk membuat pemohanan untuk kali ketiga tetepi apabila klik icon permohonan hanya ada "Senarai Permohanan sahaja" tak dapat membuat permohanan untuk kali ketiga. Cuba buat panggilan 03-214790003/03-2149600 tetapi tiada orang jawab panggilan.Tuan/Puan,

Untuk iklan permohonan baharu bermula 1 Jun 2017 perlu menggunakan laman web baharu iaitu http://dbpsahbahasa.my/ untuk semakan dan pengesahan iklan. Terima kasih.
Lain-lain02.06.2017
Berikut adalah cubaan terjemahan saya daripada bahasa inggeris kepada bahasa melayu: Please inform our staff on-duty if you do not wish to measure your weight. Sila maklumi staf bertugas sekiranya anda tidak mahu menimbang berat anda. Adakah terjemahan tersebut tepat? Terima kasihSila maklumi staf bertugas sekiranya anda tidak mahu menimbang berat.Penyemakan dan penterjemahan09.03.2023
Cubaan 1 2 3CubaanLain-lain04.08.2020
Terima kasih atas respons tuan/puan. Berikut adalah teks asal dalam Bahasa Inggeris dan cubaan terjemahan saya dalam Bahasa Melayu: English: Certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) includes non-registering local bank, FFI with low value accounts, sponsored closely held investment vehicles, or limited life debt investment entities. Bahasa: Institusi Kewangan Asing Diperakui sebagai Patuh (“DCFFI”) termasuk bank tempatan berlesen, FFI dengan akaun nilai rendah, instrumen pelaburan pegangan rapat ditaja, atau entiti pelaburan hutang hidup terhad. Mohon pandangan tuan/puan tentang terjemahan istilah-istilah saya itu. Terima kasih.Dalam data kami deemed interest dan deemed derived diterjemahkan kepada anggap patuh dan anggap peroleh, kami mencadangkan certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) diterjemahkan kepada Institusi Kewangan Asing Anggap Patuh diperakui.Penyemakan dan penterjemahan23.01.2015
Mohd Norazlan Shah 09:51 Mohd Norazlan Shah Mohd salam admin... sy nk btnya pgunaan tanda sengkang ( - ) dlm ejaan seperti pertandingan ----> per-tandingan, percubaan ----> per-cubaan...adakah ianya dibolehkan dlm penulisan karangan utk pelajar sekolah....harap admin dpt beri pencerahan....tq...Menurut data kami, ejaan yang betul ialah pertandingan dan percubaan.Ejaan01.03.2017
APE PERKATAAN YG SAMA ERTI DGN PERKATAAN DUGAAN DAN SANGKAAN

Saudara Liana,

Perkataan dugaan sama erti dengan agakan, tekaan, ramalan, telahan, ujian dan cubaan, manakala perkataan sangkaan sama erti dengan dugaan, keraguan, kekhuatiran dan syak.  

Makna29.04.2010
Salam DBP. Saya cuba menterjemahkan perkataan PATIENT REPORTED OUTCOME MEASURES tetapi tidak mendapat perkataan yang sesuai. Saya cuba mencari 'outcome measure' tetapi tiada maklumat kata bagi perkataan tersebut. Antara cubaan terjemahan saya adalah 'alat pengukuran laporan hasil pesakit'. Adakah betul? Mohon penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih.Cadangan kami bagi perkataan PATIENT REPORTED OUTCOME MEASURES ialah PENGUKURAN DAPATAN LAPORAN PESAKIT jika bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.Penyemakan dan penterjemahan04.12.2017
12

Kembali ke atas