Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.kur] | چوکور

Definisi : ; pisau ~ a) pisau utk mencukur rambut (janggut dll); b) ki perempuan yg meng­habiskan wang (harta) lelaki; tukang ~ orang yg menggunting (memotong) rambut (janggut dll), tukang gunting; bercukur 1. memotong (membersihkan) jambang dll dgn pisau cukur; 2. sudah dibersihkan (dipotong) jambang dll dr muka; mencukur 1. memotong (membersihkan) rambut dll dgn pisau cukur dll: baru petang semalam, jambangnya dicukur; 2. bp me­ngalahkan (menewaskan) dgn teruknya (ter­utama dlm perlawanan bola sepak); ~ kepala prb perbuatan yg memalukan keluarga; pencukuran perihal (perbuatan dsb) men­cukur; pencukur 1. pisau dll utk mencukur; 2. orang yg mencukur, tukang cukur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.kur] | چوکور

Definisi : ; (rumput) ~ kerbau sj tumbuhan (rumput), Cyperus bancarus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.kur] | چوکور

Definisi : ; bercukur 1 sedang memotong janggut (jambang dsb) hingga ke pang­kalnya dgn pisau dll: Bapa masih ~ di kamarnya. 2 dipotong hingga ke pang­kalnya (bkn janggut, misai dsb): Janggutnya belum ~. mencukur memotong (rambut dll) hingga ke pangkalnya: ~ rambut. ~ kepala ki membuat sesuatu yg memalukan keluarga. pencukur 1 pisau dll utk mencukur. 2 orang yg mencukur; tukang cukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cukur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
razorpisau cukurPentadbiran PerniagaanTiada1. Alat yang bermata tajam untuk mencukur atau memotong rambut.
single edge razor bladepisau cukur satu mataKesenianTiadaTiada
incised woundluka hirisPerubatanTiadaLuka lurus pada kulit akibat dihiris dengan alat yang tajam, seperti pisau bedah dan pisau cukur.
analogueanalogKesenianDrama dan TeaterGaya bahasa dalam drama atau teater untuk menyatakan persamaan makna. Contohnya, bunga mawar merujuk kepada gadis rupawan, manakala pisau cukur merujuk kepada wanitayang mendampingi lelaki untuk mendapatkan kekayaan hartanya.
dikir berendoidikir berendoiKesenianDrama dan TeaterDikir yang disampaikan secara berkumpulan semasa upacara naik buai untuk meraikan kelahiran bayi dalam sesebuah keluarga. Lagu yang dinyanyikan mempunyai unsur nasihat dan pengajaran kepada anak dan ibu bapa. Kebiasaannya, akikah dan cukur jambul diadakan serentak dengan upacara ini.

Kembali ke atas