Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ma] | چوما

Definisi : hanya, melainkan, semata-mata: mereka datang ~ dgn tulang delapan kerat saja; aku tidak berkata apa-apa ~ menggangguk saja; cuma-cuma, percuma 1. tidak ada faedah­nya (gunanya, manfaatnya), sia-sia: ~ emak berkata begitu; bukan main marahnya apabila mendapati tindakannya percuma belaka; 2. tidak dikenakan bayaran, tidak perlu membayar: kelas yg dianjurkan oleh kesatuan itu dibuka dgn ~; bercuma ark sia-sia, tidak ada faedah; mempercumakan 1. mensia-siakan, meng­anggap tidak penting (berguna), membuang­-buang (masa dll); 2. memberikan sesuatu dgn percuma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ma] | چوما

Definisi : ; ~ padang sj tumbuhan (pokok), remang panas, Breynia coronata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ma] | چوما

Definisi : tidak lain drpd; melainkan; hanya: Dia tidak belajar, ~ bermain saja. cuma-cuma, percuma 1 tidak ada gunanya, sia-sia: Kalau begitu, ~ saja saya datang ke mari. 2 tidak dikenakan bayaran: Ubat-ubatan diberikan kpd mereka dgn ~. mempercumakan 1 menganggap tidak penting; membuang-buang (waktu dll). 2 memberikan dgn percuma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuma

Puisi
 

Pokok kelapa bercabang tiga,
     Dikerat orang memakai gergaji;
Saya cuma hendak menduga,
     Sejauh mana sumpah dan janji.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Laksana lembu dogol (= dungkul),
     tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.

Bermaksud :

Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada beberapa pertanyaan untuk pihak DBP. 1. Adakah ayat ini benar dari segi tatabahasa? “Saya dijamukan dengan pemandangan sawah padi yang indah sewaktu berkunjung ke negeri Kedah.” Adakah istilah “dijamukan” boleh digunakan selain istilah “disajikan”? 2. Adakah kata ganda “cuma-cuma” boleh disingkatkan menjadi cecuma? 3. Adakah perkataan “jiplakan”, “andal”, “kendala”, “recok”, “mapan”, “gengsi” “masa bodoh”, “picik” merupakan perkataan asli bahasa Melayu atau kata serapan dari bahasa Indonesia? Kerana tiada tanda “Id” di PRPM pada dua perkataan ini. 4. Bolehkah istilah “waktu setempat” digunakan selain istilah “waktu tempatan” yang bererti “local time” dalam bahasa Inggeris? 5. Adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa? “Kalau saya boleh lulus dalam ujian itu, masa kamu tidak.” 6. Mengapa kependekan bagi “sentimeter” di dalam bahasa Melayu bukan “sm”? Kenapa kependekan “cm” bahasa Inggeris yang digunakan?

1. Perkataan “dijamukan” boleh digunakan selain istilah “disajikan” jika merujuk kepada menghidangkan makanan

2. Kata ganda “cuma-cumatidak boleh disingkatkan menjadi cecuma

3.  Perkataan  “jiplakan”, “andal”, “kendala”, “recok”, “mapan”, “gengsi” “masa bodoh”, “picik” telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan dirakam dalam Kamus Dewan Perdana.

4.  Istilah “waktu tempatan” lebih tepat sebagai padanan untuk “local time”.

5. Ayat “Kalau saya boleh lulus dalam ujian itu, masa kamu tidak.” Tidak tepat.

6.Kependekan ”cm’ digunakan untuk merujuk kepada sentimeter mengikut keselarasan standard antarabangsa - International System of Units (SI)

Tatabahasa07.06.2023
Cuma saya ingin bertanya, di manakah saya boleh memperolehi makna/takrifan sesuatu perkataan dengan terperinci yang menerangkan hanya makna perkataan tersebut dengan tidak menambah unsur-unsur lain sebelum dan selepasnya. Sebagai contoh (takrifan saya sendiri): Makan = perlakuan memasukkan sesuatu ke dalam mulut.Saya masih baru dengan website DBP. Saya cari di sini http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=makantapi tidak jumpa. Harap dapat membantu. Terima kasih.Untuk makluman, makna perkataan boleh diperoleh melalui laman web DBP www.prpm.dbp.gov.my atau merujuk kamus yang diterbitkan oleh DBP, iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna01.10.2012
cuma nak kepastian. perkataan "untuk" boleh ke digunakan sebagai permulaan ayat?. 'dengan itu' boleh ke digunakan di permulaan ayat?Kata "untuk" dan "dengan itu" boleh digunakan pada permulaan ayat dalam konteks ayat songsang, iaitu apabila susunan frasa predikat mendahului frasa subjek. Untuk keterangan lanjut, saudari boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa14.11.2006
a) Saya cuma...." Hanna tidak mampu meneruskan kata-kata. b) Saya cuma...," Hanna tidak mampu meneruskan kata-kata.Saya cuma...," Hanna tidak mampu meneruskan kata-kata.Ejaan31.10.2011
Sila jelaskan perbezaan antara frasa "cuma kerana" dan "hanya kerana" serta penggunaan kedua-duanya. Sila beri contoh ayat. Terima kasihPenggunaan 'hanya kerana' atau 'cuma kerana' menunjukkan ada  unsur  penekanan atau penegasan. Dari segi makna, 'kerana' bermaksud sebab; cuma bermaksud hanya, melainkan, semata-mata; dan hanya bermaksud tidak lebih daripada, cuma, sahaja. Contoh ayat : Ahmad berasa kecil hati terhadap Zaidah hanya kerana gurauannya tadi. Dalam contoh ini, 'hanya' boleh digugurkan supaya lebih baku tetapi bagi maksud memberi penegasan, khususnya dalam ungkapan lisan, boleh digunakan.Makna21.03.2008
Yang mana betul? (1) "Barang ini cuma beberapa puluh sen lebih mahal daripada barang itu." (2) Barang ini cuma lebih mahal beberapa puluh sen daripada barang itu.Ayat yang betul ialah "Barang ini cuma beberapa puluh sen lebih mahal daripada barang itu".Tatabahasa28.09.2014
Saya cuma ingin membuat komen tentang keterangan yang digunakan DBP untuk perkataan "kolaborasi" iaitu bekerjasama untuk membuat jahat. Saya rasa DBP harus menambah terjemahan ke-3 iaitu bekerjasama dalam mana-mana projek atau aktiviti. SekianKami mengambil maklum pandangan tuan. Terima kasih.Lain-lain19.06.2019
saya cuma mahu salinan sijil pngesahan bahasa dan tidak mendapat jawapan yg sepatutnya secepat mungkin.Hubungi kami melalui talian 03-21479691/9692/9112 dan kemukakan nombor pendaftaran iklan untuk semakan kami.Lain-lain23.03.2017
saya cuma nak tanya, mana pergi pekerja sebab call masa pejabat semua tak berangkat! 03-21479389, 03-21479377, 03-21479112, 03-21479692, 03-21479114Kami mohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi, kebetulan pada pagi ini berlangsung dua acara yang melibatkan pegawai bahagian kami.Lain-lain12.03.2015
Saya cuma hendakkan kepastian. Mana satu yang betul lazimnya agenda terakhir dalam mesyuarat. LAIN-LAIN HAL atau HAL-HAL LAIN.Frasa yang betul ialah hal-hal lain.Tatabahasa08.04.2014
12345678910...

Kembali ke atas