Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ma] | چوما

Definisi : hanya, melainkan, semata-mata: mereka datang ~ dgn tulang delapan kerat saja; aku tidak berkata apa-apa ~ menggangguk saja; cuma-cuma, percuma 1. tidak ada faedah­nya (gunanya, manfaatnya), sia-sia: ~ emak berkata begitu; bukan main marahnya apabila mendapati tindakannya percuma belaka; 2. tidak dikenakan bayaran, tidak perlu membayar: kelas yg dianjurkan oleh kesatuan itu dibuka dgn ~; bercuma ark sia-sia, tidak ada faedah; mempercumakan 1. mensia-siakan, meng­anggap tidak penting (berguna), membuang­-buang (masa dll); 2. memberikan sesuatu dgn percuma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ma] | چوما

Definisi : ; ~ padang sj tumbuhan (pokok), remang panas, Breynia coronata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ma] | چوما

Definisi : tidak lain drpd; melainkan; hanya: Dia tidak belajar, ~ bermain saja. cuma-cuma, percuma 1 tidak ada gunanya, sia-sia: Kalau begitu, ~ saja saya datang ke mari. 2 tidak dikenakan bayaran: Ubat-ubatan diberikan kpd mereka dgn ~. mempercumakan 1 menganggap tidak penting; membuang-buang (waktu dll). 2 memberikan dgn percuma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuma

Puisi
 

Pokok kelapa bercabang tiga,
     Dikerat orang memakai gergaji;
Saya cuma hendak menduga,
     Sejauh mana sumpah dan janji.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Laksana lembu dogol (= dungkul),
     tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.

Bermaksud :

Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
information hidingpenyorokan maklumatKomputerTiadaAplikasi yang cuma memerlukan pengetahuan asas tentang cara memberi nilai awal dan menapai komponen, tetapi tidak perlu mengetahui cara komponen itu dilaksanakan.
information hidingpenyorokan maklumatMatematikTiadaAplikasi yang cuma memerlukan pengetahuan asas tentang cara memberi nilai awal dan menapai komponen, tetapi tidak perlu mengetahui cara komponen itu dilaksanakan.
canopied viewpandangan teduhLandskapTiadaPemandangan seperti dalam terowong yang cuma kelihatan terang di hujung. Contohnya, pemandangan ketika berada di bawah pergola atau punjung.
endemyendemiBiologiPatologiKeadaan penyakit yang sentiasa berada dalam peringkat keparahan biasa, cuma kadang-kadang sahaja tinggi, di dalam sesuatu kawasan. bd. epidemi.
ring counterpembilang gelangKejuruteraanTiadaGegelung yang terdiri daripada unsur dwistabil bersambung dan cuma satu unsur sahaja berada dalam sesuatu keadaan tertentu pada satu ketika dan keadaan tersebut berubah daripada satu unsur ke unsur lain dalam urutan tertentu apabila isyarat diterima.
ring counterpembilang cincinKejuruteraanTiadaGegelung yang terdiri daripada unsur dwistabil bersambung dan cuma satu unsur sahaja berada dalam sesuatu keadaan tertentu pada satu ketika dan keadaan tersebut berubah daripada satu unsur ke unsur lain dalam urutan tertentu apabila isyarat diterima.
ADT (abstract data type)ADT (jenis data abstrak)Teknologi MaklumatTiadaJenis data yang wujud cuma dalam imaginasi dan tertumpu kepada ciri-ciri penting sahaja, tetapi mengabaikan kekangan pelaksanaan dan perincian.
segregation of areaspengasingan kawasanTeknologi MaklumatTiadaPembahagian kawasan syarikat mengikut tahap capaian. Contohnya, bilik komputer cuma boleh dimasuki oleh kakitangan bilik komputer tersebut sahaja. Kakitangan lain atau pelawat perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.
distortionpengherotanMekanikGunaanPerubahan bentuk yang sementara. Pengherotan mempunyai makna yang hampir sama dengan ubah bentuk cuma pengherotan biasanya digunakan untuk perubahan yang bersifat sementara sedangkan ubah bentuk biasanya digunakan untuk perubahan bentuk yang kekal.
ground hopperlelompat tanahBiologiEntomologiSerangga Tetrix yang tergolong dalam famili Tetrigidae (order Orthoptera). Serangga ini menyerupai belalang kecil, Cuma berbeza dari segi kepaknya yang amat pendek dan ditutupi sebahagiannya atau seluruhnya oleh perisai pronotum yang besar. Kebanyakan serangga ini hidup di kawasan tropika dan sesetengah spesiesnya pula mempunyai bentuk yang ganjil dan biasanya berwarna perang.
123

Kembali ke atas