Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ram] | چورم

Definisi : terjal, cerun, sangat menurun (hampir tegak): tebing sungai itu sangat ~; mencuram menjadi curam, beransur-ansur curam: benua itu ~ dr dataran pantainya hingga ke rusuk benuanya; curaman permukaan (tanah dll) yg curam (spt tebing sungai dll), lerengan: dia menuruni ~ bukit itu menuju ke tasik utk mengambil air; kecuraman keadaan curam, kecondongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ram] | چورم

Definisi : hampir tegak keadaannya (ttg tebing, lereng bukit dsb). mencuram menjadi curam; beransur-ansur curam: Gunung itu ~ ke pantai. curaman permukaan tanah dsb yg curam. kecuram­an keadaan curam: ~ gunung itu sering menggagalkan usaha-usaha pendaki utk sampai ke puncaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK BLUE

Tasik Blue, terletak di lekukan yang curam kon

gunung berapi lama, iaitu Gunung Gambier, di

Australia Selatan. Kedalaman maksimumnya ialah

77 meter. Warna airnya akan berubah daripada

kelabu pada musim sejuk kepada biru pada musim

panas. Sebab-sebab berlakunya perubahan ini

tidak difahami dengan sepenuhnya. Teori yang

paling munasabah ialah bahawa kalsium karbonat

yang larut dalam air mendak semasa musim panas

dan butir-butirnya menyerakkan cahaya matahari.

Lihat Cahaya (penyerakan).

UMUM 
NGARAI

Ngarai ialah lembah dalam yang bertebing

curam. Ngarai sempit yang mempunyai tebing

hampir tegak atau cenuram juga dikenali sebagai

gaung atau jurang atau gegaung .

UMUM 
BUTTE

Butte ialah bukit atau gunung kecil yang

berlereng curam yang terdiri sendirian, menjulang

tegak di sekitar kawasan desa. Perkataan butte ialah

perkataan Perancis yang bermakna timbunan.

UMUM 
TANAH TANDUS

Tanah tandus ialah kawasan yang terdiri daripada

bukit kecil yang curam dan lurah yang dalam yang

terbentuk terutamanya oleh hakisan air. Banjir kilat

mengakibatkan hakisan paling banyak berlaku di

kawasan tanah tandus dan biasanya melibatkan

kawasan yang luas. Hakisan yang disebabkan oleh

alur sungai kecil dan percikan air hujan pada cerun

bukit juga memainkan peranan untuk membentuk

tanah tandus.

UMUM 
PIPIS

Pipis ialah kerang-kerangan yang hidup betul-

Betul di bawah permukaan bercerun curam, pantai

berpasir.

UMUM 
MESA

Mesa ialah bukit atau gunung yang terpencil

kedudukannya dan mempunyai puncak rata

dengan lereng yang curam seperti meja. Mesa

ialah perkataan Sepanyol yang bererti meja. Mesa

terdapat di kawasan beriklim kering.

UMUM 
SELAT MILFORD

Selat Milford, di pantai barat Pulau Selatan,

New Zealand, ialah salah satu tarikan pelancong

yang paling terkenal di negara itu. Tebing batu

yang curam dan tinggi menjadikannya selat

(serokan laut) yang paling hebat di kawasan

tersebut.

UMUM 
SUKAN KERETA LUNCUR

Sukan kereta luncur juga dikenali kereta

gelongsor ialah sukan musim sejuk yang pantas dan

berbahaya dalam satu pasukan terdiri daripada dua

atau empat orang meluncur di lereng yang curam

dengan menggunakan kereta luncur salji yang

diperbuat daripada keluli dan kaca gentian. Kereta

luncur ini boleh mencapai kelajuan sehingga 150

kilometer sejam. Pasukan yang mencapai masa

keseluruhan yang paling cepat selepas

menghabiskan empat pusingan memenangi acara

ini.

UMUM 
PULAU ARAN

Pulau Aran terletak di Lautan Atlantik iaitu, di

luar pantai Donegal di Republik Ireland. Pulau ini

juga dikenali sebagai Aranmore. Ia sepanjang

enam kilometer dan selebar lima kilometer.

Tanahnya curam dan berbatu-bata. Pulau ini

terletak kira-kira lima kilometer dari bandar tanah

besar Burtonport. Pulau-pulau kecil terletak

berhampiran Pulau Aran

UMUM 
TENIS DIRAJA

Tenis diraja, juga dikenali sebagai tenis sebenar

ialah bentuk tenis purba yang rumit. Ia pertama kali

dimainkan oleh raja-raja Perancis kira-kira 600 tahun

yang lalu. Pemain bermain di gelanggang tidak

semukur yang berbumbung curam atau emper,

bersangga, dilengkapi dedans (ruang berjaring untuk

penonton) dan grille (ruang gelanggang). Suatu jaring

direntang di tengah-tengah gelanggang. Di lantai

terdapat pelbagai garisan dengan nama-nama

tertentu seperti chase a yard worse than last gallery

dan hazard chase the door.

UMUM 
12

Kembali ke atas