Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ri] | چوري

Definisi : ; berinai ~ istiadat menghias dan menginai pengantin perempuan (dihadiri oleh kaum keluarga sahaja); maling ~ bermacam-macam perbuatan mencuri; curi-curi (dgn) diam-diam, secara rahsia: mereka ~ berjumpa kerana takut diketahui oleh keluarga masing-masing; mencuri 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandang memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikan­nya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); curian barang (apa) yg dicuri, hasil mencuri; kecurian 1. kehilangan harta benda dll kerana kena curi, kemalingan: ~lah baginda tujuh biji peti yg berisi emas; 2. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai; pencurian perihal (perbuatan) mencuri; pencuri orang yg mencuri, maling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ri] | چوري

Definisi : ; mencuri 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sem­bunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. curian barang atau apa-apa yg dicuri; hasil mencuri: Segala rampasan dan ~nya disimpan di dlm sebuah gua. kecurian 1 kehilangan (harta benda dll) kerana dicuri: Baginda telah ~ tujuh buah peti yg berisi emas. 2 kejadian mencuri atau dicuri: ~ menjadi-jadi di kawasan itu. pencurian perbuatan atau hal mencuri. pencuri orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curi

Puisi
 

Orang Arab pergi Makasar,
     Jalan kaki Kampung Cik Tahir;
Jangan harap taukeh di pasar,
     Garam sekati curi setahil.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
balaeh[bA.lAEh]kata kerjacuri.Barang dalam rumah kat ujong kampong tu habeh kena balaeh pasai tuan dia tak dak.[bA.ÒAN dA.lAm Òu.mAh kAt u.dZoN kAm.poN tu hA.beh k«.nA bA.lAEh pA.sAj tu.wAn di.jA tA/ dA/]Barang dalam rumah di hujung kampung itu habis dicuri kerana penghuninya tiada.
ligan[li.gAn]kata kerjakejar.Depa ligan kawaq hak curi kasot tu.[dE.pA li.gAn kA.wA)Ö hA/ tSu.Òi kA.sot tu]Mereka mengejar pencuri yang mencuri kasut itu.
kawaq[kA.wAâÖ]kata namapencuri.Syok jugak kalu ramai-ramai pakat kepong kawaq hak curi teloq ayam tu.[S/ dZu.gAk kA.lu ÒA.mAj.ÒA.mAj pA.kAt k«.poN kA.wAâÖ hA/ tSu.Òi t«.lâÖ A.jAm tu]Terasa seronok juga kalau beramai-ramai mengepung pencuri yang mencuri telur ayam itu.
bedesiu[b«.d«.siuâ]kata adjektifberdesing, menyakitkan hati, (telinga).Telinga aku bedesiu bila dia kata aku curi duet dia.[t«.li.NA A.ku b«.d«.siuâ bi.lA di.jA kA.tA A.ku tSu.Òi du.wet di.jA]Telinga aku berdesing apabila dikatanya aku mencuri duitnya.
celakoi[tS«.lA.koj]kata tugasseruan yang lebih ringan maksudnya daripada makna perkataan celaka, bedebah (kata seruan).Celakoi sunggoh budak-budak ni curi buah moktan aku.[tS«.lA.koj suN.goh bu.dA/.bu.dA/ ni tSu.Òi bu.wAh mo/.tAn A.ku]Budak-budak bedebah ini mencuri buah rambutan aku.
berjabu[b«Ò.dZA.bu]kata tugasberkenaan lari yang agak pantas, deras, laju; becabu, bejabu, bercabu.Bila nampak tuan kebon mai, budak-budak hak dok curi buah jambu tu pon lari berjabu.[bi.lA nAm.pA/ tu.wAn k«.bon mAj bu.dA/.bu.dA/ hA/ do/ tSu.Òi bu.wAh dZAm.bu tu pon lA.Òi b«Ò.dZA.bu]Apabila nampak tuan kebun itu datang, budak-budak yang sedang mencuri buah jambu itu pun cabut lari.
bejabu[b«.dZA.bu]kata tugasberkenaan lari yang agak pantas, deras, laju; becabu, bercabu, berjabu.Bila nampak tuan kebon tu mai, budak-budak hak dok curi buah jambu tu pon lari bejabu.[bi.lA nAm.pA/ tu.wAn k«.bon tu mAj bu.dA/.bu.dA/ hA/ do/ tSu.Òi bu.wAh dZAm.bu tu pon lA.Òi b«.dZA.bu]Apabila nampak tuan kebun itu datang, budak-budak yang sedang mencuri buah jambu itu pun cabut lari.
becabu[b«.tSA.bu]kata tugasberkenaan lari yang agak pantas, deras, laju; bejabu, bercabu, berjabu.Bila nampak tuan kebon tu mai, budak-budak hak dok curi buah jambu tu pon lari becabu.[bi.lA nAm.pA/ tu.wAn k«.bon tu mAj bu.dA/.bu.dA/ hA/ do/ tSu.Òi bu.wAh dZAm.bu tu pon lA.Òi b«.tSA.bu]Apabila nampak tuan kebun itu datang, budak-budak yang sedang mencuri buah jambu itu pun cabut lari.
bercabu[b«Ò.tSA.bu]kata tugasberkenaan lari yang agak pantas, deras, laju; becabu, bejabu, berjabu.Bila nampak tuan kebon tu mai, budak-budak hak dok curi buah jambu tu pun lari bercabu.[bi.lA nAm.pA/ tu.wAn k«.bon tu mAj bu.dA/.bu.dA/ hA/ do/ tSu.Òi bu.wAh dZAm.bu tu pon lA.Òi b«Ò.tSA.bu]Apabila nampak tuan kebun itu datang, budak-budak yang sedang mencuri buah jambu itu pun cabut lari.

Kembali ke atas