Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ri] | چوري

Definisi : ; berinai ~ istiadat menghias dan menginai pengantin perempuan (dihadiri oleh kaum keluarga sahaja); maling ~ bermacam-macam perbuatan mencuri; curi-curi (dgn) diam-diam, secara rahsia: mereka ~ berjumpa kerana takut diketahui oleh keluarga masing-masing; mencuri 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandang memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikan­nya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); curian barang (apa) yg dicuri, hasil mencuri; kecurian 1. kehilangan harta benda dll kerana kena curi, kemalingan: ~lah baginda tujuh biji peti yg berisi emas; 2. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai; pencurian perihal (perbuatan) mencuri; pencuri orang yg mencuri, maling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ri] | چوري

Definisi : ; mencuri 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sem­bunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. curian barang atau apa-apa yg dicuri; hasil mencuri: Segala rampasan dan ~nya disimpan di dlm sebuah gua. kecurian 1 kehilangan (harta benda dll) kerana dicuri: Baginda telah ~ tujuh buah peti yg berisi emas. 2 kejadian mencuri atau dicuri: ~ menjadi-jadi di kawasan itu. pencurian perbuatan atau hal mencuri. pencuri orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curi

Puisi
 

Orang Arab pergi Makasar,
     Jalan kaki Kampung Cik Tahir;
Jangan harap taukeh di pasar,
     Garam sekati curi setahil.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
surreptitious adj secara curi-curi: she took a ~ peep into the room, dia secara curi-curi mengintai ke dlm bilik itu; he got the information by ~ means, dia mendapat keterangan itu secara curi-curi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
steal 2. obtain stealthily or unnoticed, (men)curi-curi: she stole a glance at the boy from behind her book, dia curi-curi memandang pemuda itu dr balik bukunya; ~ a kiss from so., (men)curi-curi cium sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stolen ~ kisses, (men)curi-curi cium: ~ kisses are said to be sweeter, mencuri-curi cium dikatakan lebih seronok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stolen ~ /hours, moments/, (men)curi-curi /bertemu, berjumpa/: they spent a few ~ hours together, mereka mencuri-curi bertemu buat beberapa jam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
furtiveadj sly, stealthy, berdiam-diam, bersenyap-senyap; (of look, glance) curi-curi: he aroused our suspicion by his ~ behaviour, kelakuannya yg berdiam-diam itu menimbulkan syak wasangka kami; the thief was ~ in his movements, pencuri itu berdiam-diam dlm tindak-tanduknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kissn kucupan, ciuman; blow so. a ~, melayangkan ciuman kpd sso; give so. a ~, /mengucup, mencium/ sso; steal a ~ from so., curi-curi /mengucup, mencium/ sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shitin the ~, habislah: now you’re really in the ~!, kali ini habislah engkau!; not give a ~, tak /kisah, peduli/ sikitpun; scare the ~ out of so., betul-betul menakutkan sso: hell!, You scared the ~ out of me, sneaking in like that!, celaka!, kamu betul-betul menakutkan saya, masuk curi-curi begitu!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shirkern (orang yg) suka curi tulang: ~s will not be tolerated in this regiment, tindakan akan diambil thdp orang yg suka curi tulang dlm rejimen ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stealthy adj mencuri-curi: he managed to get into the enemy H.Q. by ~ means, dia berjaya masuk ke markas besar musuh dgn cara mencuri-curi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
poach 1 vi mencuri-curi + approp v: he was accused of ~ing for salmon on his neighbour’s land, dia dituduh mencuri-curi menangkap ikan salmon di tanah jirannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas