Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ti] | چوتي

Definisi : 1. hari kelepasan, libur: 31 Ogos ialah ~ am bagi seluruh penduduk Malaysia; 2. masa yg dibenarkan utk tidak bekerja (utk berehat, dirawat kerana sakit, dll), libur; ~ am hari kelepasan umum utk seluruh negara (spt hari raya, hari keputeraan Nabi Muham­mad SAW, dll); ~ belajar cuti yg diberikan kpd seseorang pekerja utk melanjutkan pe­lajaran, sama ada dgn bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji; ~ bersalin cuti bergaji selama satu tempoh yg ditetapkan yg diberikan kpd seseorang pekerja wanita sebaik sahaja melahirkan anak; ~ sakit cuti yg diberikan oleh doktor kerana seseorang itu didapati sakit dan tidak boleh bekerja; ~ tahunan sejumlah cuti rehat bergaji penuh yg berhak dinikmati seseorang pekerja setiap tahun; ~ tanpa gaji cuti yg dibenarkan kpd seseorang pekerja atas sebab tertentu tanpa mendapat bayaran gaji; ~ umum cuti am; bercuti 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~; percutian cuti, perihal bercuti: dlm ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah; majikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran; pecuti orang yg (sedang) bercuti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ti] | چوتي

Definisi : 1 hari dibebaskan drpd bekerja; hari kelepasan: Hari Maulud ialah hari ~ bagi seluruh negara. 2 tempoh dibebaskan drpd bekerja (bersekolah dll): ~ Hari Raya; ~ Krismas. 3 kebenaran utk tidak hadir bertugas: Beliau telah memohon ~ selama sepuluh hari. 4 tempoh atau lama­nya seseorang dibenarkan tidak hadir bertugas: Bagi tahun ini, ~nya tinggal tiga hari saja lagi. ~ am hari kelepasan umum bagi seluruh negara, spt Hari Raya Puasa, hari Krismas. ~ sakit (doktor) cuti kerana sakit (atas nasihat doktor). ~ tahunan cuti yg dibenarkan pd tiap-tiap tahun. bercuti tidak bekerja kerana mengambil cuti atau kerana mendapat kebenaran (utk berehat dll): Beliau akan ~ selama sebulan mulai hari Isnin depan. pecuti orang yg bercuti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuti


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
holidayn 1. (day) hari cuti, hari kelepasan: next Tuesday is a ~, Selasa depan ialah hari cuti; public ~s, cuti am; 2. (period of time) masa cuti; (when specified) cuti, percutian: where are you going during the ~s?, ke manakah kamu hendak pergi dlm masa cuti?; school ~s, cuti sekolah; the summer ~s, percutian musim panas; 3. vacation, bercuti: we are going to Bali for a ~, kami akan pergi ke Bali utk bercuti; (go) on ~, bercuti; 4. (attrib) percutian: ~ mood, suasana percutian; ~ bungalow, banglo percutian; ~ resort, pusat /peranginan, percutian/; 5. period of exemption, kelepasan: tax ~, kelepasan cukai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leave 2 n 1. permission to be absent from duty or work, cuti: annual ~, cuti tahunan; (go) on ~, bercuti; 2. duration of such an absence, cuti: after two weeks’ ~, he returned to camp, dia kembali ke kem selepas cuti dua minggu; 3. (fml) permission (to do st) kebenaran, izin: he asked ~ to speak, dia meminta kebenaran utk bercakap; /by, with/ your ~, (fml) dgn /kebenaran, izin/ tuan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leave 2 n 1. permission to be absent from duty or work, cuti: annual ~, cuti tahunan; (go) on ~, bercuti; 2. duration of such an absence, cuti: after two weeks’ ~, he returned to camp, dia kembali ke kem selepas cuti dua minggu; 3. (fml) permission (to do st) kebenaran, izin: he asked ~ to speak, dia meminta kebenaran utk bercakap; /by, with/ your ~, (fml) dgn /kebenaran, izin/ tuan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vacationn cuti: the university is closed for the summer ~, universiti itu ditutup utk cuti musim panas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leave of absencen cuti: she has asked for ~, dia telah memohon cuti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leave of absencen cuti: she has asked for ~, dia telah memohon cuti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
long weekendn cuti panjang hujung minggu: are you going away for the ~?, kamu ada rancangan utk ke mana-manakah pd cuti panjang hujung minggu ini?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sabbaticaln cuti sabatikal; on ~, bercuti sabatikal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
furloughn cuti dr bertugas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sick-leave n cuti sakit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas