Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ti] | چوتي

Definisi : 1. hari kelepasan, libur: 31 Ogos ialah ~ am bagi seluruh penduduk Malaysia; 2. masa yg dibenarkan utk tidak bekerja (utk berehat, dirawat kerana sakit, dll), libur; ~ am hari kelepasan umum utk seluruh negara (spt hari raya, hari keputeraan Nabi Muham­mad SAW, dll); ~ belajar cuti yg diberikan kpd seseorang pekerja utk melanjutkan pe­lajaran, sama ada dgn bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji; ~ bersalin cuti bergaji selama satu tempoh yg ditetapkan yg diberikan kpd seseorang pekerja wanita sebaik sahaja melahirkan anak; ~ sakit cuti yg diberikan oleh doktor kerana seseorang itu didapati sakit dan tidak boleh bekerja; ~ tahunan sejumlah cuti rehat bergaji penuh yg berhak dinikmati seseorang pekerja setiap tahun; ~ tanpa gaji cuti yg dibenarkan kpd seseorang pekerja atas sebab tertentu tanpa mendapat bayaran gaji; ~ umum cuti am; bercuti 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~; percutian cuti, perihal bercuti: dlm ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah; majikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran; pecuti orang yg (sedang) bercuti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ti] | چوتي

Definisi : 1 hari dibebaskan drpd bekerja; hari kelepasan: Hari Maulud ialah hari ~ bagi seluruh negara. 2 tempoh dibebaskan drpd bekerja (bersekolah dll): ~ Hari Raya; ~ Krismas. 3 kebenaran utk tidak hadir bertugas: Beliau telah memohon ~ selama sepuluh hari. 4 tempoh atau lama­nya seseorang dibenarkan tidak hadir bertugas: Bagi tahun ini, ~nya tinggal tiga hari saja lagi. ~ am hari kelepasan umum bagi seluruh negara, spt Hari Raya Puasa, hari Krismas. ~ sakit (doktor) cuti kerana sakit (atas nasihat doktor). ~ tahunan cuti yg dibenarkan pd tiap-tiap tahun. bercuti tidak bekerja kerana mengambil cuti atau kerana mendapat kebenaran (utk berehat dll): Beliau akan ~ selama sebulan mulai hari Isnin depan. pecuti orang yg bercuti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Mohon untuk dapatkan pandangan mengenai penggunaan perkaataa Jom untuk promo contoh : Jom Cuti-Cuti Malaysia Adaka ianya boleh digunakan sebagai ayat untuk mempromosikan produk. TKasihPerkataan "jom" ialah kata ajakan.  Oleh itu, perkataan "jom" boleh digunakan untuk mempromosikan produk. Contoh: "Jom Cuti-cuti Malaysia".Lain-lain04.02.2021
"Selamat Hari Raya! Saya ingin bertanya : 1. cuti semester atau Cuti Semester? 2. cuti pertengahan penggal atau Cuti Pertengahan Penggal?"1. cuti semester 2. cuti pertengahan penggalEjaan19.08.2013
Minggu depan Tempat duduk Tukang masak Cuti sakit Cuti kecemasan Piala Dunia YouTube Pekerja asing Semua ini boleh jadi kata majmuk takMinggu depan, Tempat duduk, Tukang masak, Cuti sakit, Cuti kecemasan, Piala Dunia dan  Pekerja asing kata majmuk kecuali Youtube merupakan kata nama khas.Tatabahasa07.08.2018
Dalam sistem HRMIS JPA, terdapat cuti kerantina dan cuti kuarantin dibawah kategori cuti kerana perubatan. Tetapi semakan di laman web prpm jumpa karantina, kuarantina dan kuarantin. Adakah semua ini merupakan ejaan yang betul bagi kata pinjaman Inggeris "Quarantine"? Adakah "kerantina" merupakan ejaan salah yang digunakan dalam pekeliling perkhidmatan JPA?Padanan quarantine dalam bahasa Melayu ialah kuarantin, karantina ialah bahasa Indonesia. Cuti kerantina digunakan dalam pekeliling kerajaan dan istilah berkenaan telah mantap penggunaannya dalam dokumen rasmi kerajaan. Kami tidak ada maklumat tentang asal penggunaan istilah tersebut, sekiranya tidak menepati struktur pembentukan kata pinjaman sekalipun, kata tersebut telah mantap dan tetap digunakan dalam konteks khusus, iaitu memetik sumber rujukan daripada pekeliling. Selain iru, kata kuarantin yang digunakan.Istilah30.12.2020
Cuti ihsan atau cuti ehsanFrasa yang betul ialah cuti ihsan.Ejaan09.03.2016
Apakah istilah yang betul untuk situasi ini: Syarikat saya ingin memberi cuti kepada kakitangan sempena Tahun Baru yang akan datang. Adakah saya perlu gunakan CUTI EHSAN atau CUTI IKHSAN. Terima kasihEjaan/perkataan yang betul ialah ihsan, Cuti Ihsan.Tatabahasa08.12.2011
Saya kurang pasti untuk menulis ayat berikut. Adakah saya tulis ini adalah betul seperti berikut: 1. Diluluskan cuti rehat selama satu (1) hari sahaja. 2. Diluluskan cuti tanpa gaji selama empat belas (14) hari. 3. Diluluskan cuti tanpa rekod selama tujuh (7) sahaja. 4. Diluluskan cuti separuh gaji selama sepuluh (10) hari.Dalam penulisan teks, nombor satu hingga Sembilan dieja penuh dan nombor 10 ke atas ditulis nombor. Ayat yang betul ialah:
1. Diluluskan cuti rehat selama satu (1) hari sahaja.
2. Diluluskan cuti tanpa gaji selama 14 hari.
3. Diluluskan cuti tanpa rekod selama tujuh (7) sahaja.
4. Diluluskan cuti separuh gaji selama 10 hari.
Nombor satu hingga Sembilan boleh dieja penuh dan di ikuti dengan nombor dalam kurungan.
Tatabahasa02.04.2014
Jabatan Perkhidmatan Awam sedang mengkaji Perintah Am Bab C Tahun 1974 berkaitan kemudahan cuti kepada Pegawai Perkhidmatan Awam. Soalannya, adakah istilah Cuti Tanpa Rekod yang digunakan secara meluas kini adalah tepat sebagai kata nama khas kepada kemudahan cuti yang tidak direkodkan atau penggunaan istilah Cuti Tidak Berekod lebih tepat seperti yang digunakan pada 1974 dahulu?Menurut Kamus Dewan Edisi keempat: tanpa bermaksud - dgn tiada..., tidak dgn..., tidak ber- ...: ia berjalan terus ~ melihat ke kiri ke kanan lagi. Oleh itu, dari segi penggunaan bahasa, istilah Cuti Tanpa Rekod dan istilah Cuti Tidak Berekod adalah sama maksud dan kedua-duanya boleh digunakan.Istilah16.08.2018
Bagaimana susunan ayat melapor diri dari cuti tanpa gaji atau melapor diri daripada cuti tanpa gajiAyat yang betul ialah, melapor diri daripada cuti tanpa gaji.Tatabahasa22.03.2014
Salam sejahtera 1) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk menyimpan di dalam fail. 2) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail. 3) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk saya menyimpan di dalam fail. 4) Sebuah helikopter sedang berlalu di atas rumah saya. 5) Saya membawa murid-murid saya untuk mereka menyertai pertandingan ini. 6) Dalam berapa lamakah puan boleh menyiapkan kerja-kerja pemasakan pesanan saya. 7) Dimanakah tempat pencucian tangan? 8) Semua kedai buka atau terbuka pada hari Ahad. 9) Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan luka. 10)Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan pembalut luka. Adakah ayat-ayat di atas betul?Ayat yang betul ialah "Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail" Tatabahasa08.01.2022
123456789

Kembali ke atas