Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ti] | چوتي

Definisi : 1. hari kelepasan, libur: 31 Ogos ialah ~ am bagi seluruh penduduk Malaysia; 2. masa yg dibenarkan utk tidak bekerja (utk berehat, dirawat kerana sakit, dll), libur; ~ am hari kelepasan umum utk seluruh negara (spt hari raya, hari keputeraan Nabi Muham­mad SAW, dll); ~ belajar cuti yg diberikan kpd seseorang pekerja utk melanjutkan pe­lajaran, sama ada dgn bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji; ~ bersalin cuti bergaji selama satu tempoh yg ditetapkan yg diberikan kpd seseorang pekerja wanita sebaik sahaja melahirkan anak; ~ sakit cuti yg diberikan oleh doktor kerana seseorang itu didapati sakit dan tidak boleh bekerja; ~ tahunan sejumlah cuti rehat bergaji penuh yg berhak dinikmati seseorang pekerja setiap tahun; ~ tanpa gaji cuti yg dibenarkan kpd seseorang pekerja atas sebab tertentu tanpa mendapat bayaran gaji; ~ umum cuti am; bercuti 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~; percutian cuti, perihal bercuti: dlm ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah; majikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran; pecuti orang yg (sedang) bercuti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ti] | چوتي

Definisi : 1 hari dibebaskan drpd bekerja; hari kelepasan: Hari Maulud ialah hari ~ bagi seluruh negara. 2 tempoh dibebaskan drpd bekerja (bersekolah dll): ~ Hari Raya; ~ Krismas. 3 kebenaran utk tidak hadir bertugas: Beliau telah memohon ~ selama sepuluh hari. 4 tempoh atau lama­nya seseorang dibenarkan tidak hadir bertugas: Bagi tahun ini, ~nya tinggal tiga hari saja lagi. ~ am hari kelepasan umum bagi seluruh negara, spt Hari Raya Puasa, hari Krismas. ~ sakit (doktor) cuti kerana sakit (atas nasihat doktor). ~ tahunan cuti yg dibenarkan pd tiap-tiap tahun. bercuti tidak bekerja kerana mengambil cuti atau kerana mendapat kebenaran (utk berehat dll): Beliau akan ~ selama sebulan mulai hari Isnin depan. pecuti orang yg bercuti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leave and voyage leave statementkenyataan cuti dan cuti belayarPentadbiranTiadaTiada
peak periodmasa puncakPelanconganTiadaMasa yang dikenal pasti sebagai musim kemuncak, seperti cuti persekolahan atau cuti musim panas apabila bilangan pelancong lebih tinggi.
workationcuti sambil kerjaPentadbiranTiadaPerihal tentang cuti di sesuatu tempat di luar pejabat tetapi dalam masa yang sama turut melunaskan kerja.
garden leavecuti ujanaPentadbiranTiadaAmalan syarikat yang memberikan cuti bergaji pada pekerja yang telah berhenti atau diberhentikan tetapi masih mempunyai baki notis pekerjaan.
staycationcuti inapPelanconganTiadaPercutian dalam negara asal dengan menikmati masa cuti di rumah sendiri atau santai menerusi perjalanan sehari ke tempat menarik untuk menikmati aktiviti riadah yang disediakan.
summer theatreteater musim cutiKesenianDrama dan TeaterAktiviti persembahan teater ketika musim cuti yang popular di negara yang mempunyai iklim empat musim.
holiday effectkesan cutiPentadbiran PerniagaanTiadaKesan ke atas harga hasil daripada peristiwa percutian dengan pulangan purata saham tertentu yang didapati lebih tinggi pada hari dagangan sebelum hari cuti umum seperti yang didapati dalam kajian empirikal.
vacationcutiPentadbiranTiadaTiada
leavecutiPentadbiranTiadaTiada
workationcuti sambil kerjaPentadbiranTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas