Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.da] | دادا

Definisi : 1. bahagian tubuh yg di hadapan terletak di antara perut dgn leher; 2. = buah ~ susu (tetek) perempuan; 3. = rongga ~ ruang dada yg mengandungi jantung dan paru-paru; mem­busungkan ~ ki membanggakan diri, mem­per­lihatkan lagak sombong; 4. bahagian yg bertentangan dgn tulang belakang buku; ~ akhbar halaman hadapan akhbar; ~ ayam = ~ burung dada yg bergembung ke atas; ~ bidang dada yg lebar; ~ lapang ki sabar, tidak pemarah; ~ lega ki senang hati; (dgn) ~ terbuka (dgn) rela, (dgn) ikhlas; ~ manusia tidak dapat diselam prb fikiran atau isi hati orang tidak dapat diduga; belah ~ lihatlah hati prb berkata dgn benar; seluas ~ tuma prb terlalu sempit; tepuk ~ tanya selera prb berfikir dahulu sebelum membuat keputus­an; tiba di ~ dibusungkan, tiba di perut di­kempiskan prb perlakuan yg tidak adil; berdada mempunyai dada yg penuh (berisi); berdada-dadaan berlawan satu sama satu, bertempur seorang lawan seorang; mendada 1. = berjalan ~ berjalan dgn mem­busungkan dada, berjalan dgn sikap angkuh atau perasaan megah: dia berjalan ~ dgn tidak memandang ke kiri dan ke kanan; 2. menahan (menangkis) dgn dada; 3. berdada-dadaan; perang ~ perang (pertempuran) se­orang lawan seorang; dadaan bahagian badan sebelah perut (ha­dapan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : ; ~ ruan sj tumbuhan (pokok), petaling air, Homalium frustescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : bahagian tubuh yg di hadapan di antara perut dgn leher: ~nya bidang. mendada 1 berjalan dgn membusungkan dada: Jalannya ~ saja, tidak memandang ke kiri atau ke kanan. 2 menahan (menangkis) bola dsb dgn dada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dada

Puisi
 

Anak dara pandai bergaya,
     Kain sempit berbelah dada;
Jalannya lembut berlenggang sahaja,
     Rajin bersolek malas bekerja.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Belah dada lihatlah hati.

Bermaksud :

Berkata benar.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biblapik dada; alas dada ; bib (FESYEN, P.JAS)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Sekeping fabrik segi empat sama atau bulat, dipakai di dagu dan diikat di tengkuk sebagai pelindung pakaian semasa makan. Popular pada abad ke-16.,2. Sekeping kain penutup dada yang disambungkan ke bahagian pinggang apron, seluar atau skirt.
ikat dada belalangikat dada belalangKesenianTiadaIkatan kemasan berbentuk dada belalang, dianyam bersilang dengan cara tekan satu, angkat satu, yang berfungsi mengikat ari seraung dan menutup kepala turus yang bersambung pada bingkai mulut bakul.
heart girthlilitan dadaVeterinarTiadaUkuran panjang keliling dada yang diukur di bahagian belakang tulang belikat ternakan dan digunakan untuk menganggar berat badan. Formula untuk ternakan ruminan: berat badan (kg) = lilitan dada (cm) x lilitan dada (cm) x panjang badan (cm) x 0.025
dada (Mal)dadaKesenianTiada1. Sebahagian daripada alat gong. 2. Nada tiga dalam kerawitan Jawa.
breast stroke startmula gaya dadaSukanTiadaPermulaan gaya dada. Selepas melonjak ke dalam air, perenang dibenarkan membuat satu kuak gaya dada dan ketika tangan lurus, satu tendang gaya dada sebelum timbul semula ke permukaan air.
silat dada tumasilat dada tumaKesenianTiadaSilat yang bulatannya lebih rendah sedikit daripada silat belah rotan. Sinonim: silat belakang lipas
breastbuah dada;kayu desa (PEM.MAN),dadaPerubatanTiada2. Buah dada:Kelenjar susu; .Aspek anterior atau permukaan toraks.
breastbuah dada;kayu desa (PEM.MAN), daging dadaPentadbiran PerniagaanTiada2. Buah dada:Kelenjar susu; .Aspek anterior atau permukaan toraks.
white-bellied mountain rat (Rattus niviventer/Rattus bukit)tikus bukit dada putih/tikus dada putih (Rattus niviventer/(Rattus bukit)PertanianTiadaTiada
pectoralpektoralPerubatanTiada1. Berkaitan dengan dada. 2. Bahagian dada.
12345678910...

Kembali ke atas