Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.dah] | داده

Definisi : 1. ubat-ubatan; 2. bahan (spt ganja, he­roin, marijuana, dsb) yg merosakkan atau membinasakan orang yg menggunakannya ber­­lanjutan (merosakkan kesihatan, mem­bawa maut, dll); pendadah tempat menyimpan dadah (ubat-ubatan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.dah] | داده

Definisi : 1 bahan yg digunakan utk ubat-ubatan. 2 bahan (biasanya yg mengetagihkan) yg digunakan sbg ubat tidur dan dpt menyebabkan khayal atau tidak sedarkan diri, spt candu dan heroin: Jauhilah ~ yg membahayakan diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dadah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i".1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 
2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi.  
3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah. 
4. Sementelah dan sementelahan.
5. Justeru.
6. ... kita akan dapat ...  
7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 
8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 
9. Kita haruslah dan kita seharusnya 
10. Keistimewaan alam semula jadi 
11. Mempertingkatkan 
12. Memperbaik
13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177.
Tatabahasa29.10.2012
Saya ingin bertanya keatas ayat iklan: 'DADAH HARAM DISISI ISLAM' atau 'DADAH HARAM DIDALAM ISLAM' Apabila dadah itu hanya berada disisi tapi jika ia berada didalam islam adakah ia dibenarkan?Ayat yang betul ialah dadah haram dalam Islam.Tatabahasa09.05.2008
Tuan, minta bina ayat dengan kata sendi nama "kepada" dan sasaran mujarad. Contohnya, kepada bahaya dadah. Dalam frasa "kepada bahaya dadah", frasa nama "bahaya dadah" merupakan sasaran mujarad yang mengikut kata sendi nama "kepada". Saya meminta tuan membina lebih banyak ayat lagi dengan penggunaan kata sendi nama "kepada" untuk sasaran mujarad, dengan syarat tidak berdasarkan ayat contoh Tatabahasa Dewan.

Ayat contoh yang menggunakan kata sendi nama kepada untuk merujuk unsur mujarad ialah  Semasa musim tengkujuh, penduduk di Kelantan sentiasa diingatkan kepada bencana banjir.  

 

Tatabahasa29.01.2015
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya jika "kepemilikan dadah" boleh digunakan untuk "drug possession"? Atau adakah "pemilikan dadah" memadai? Contoh; They both have priors for drug possession. = Mereka berdua ada rekod kepemilikan/pemilikan dadah.Frasa "drug possession" boleh dipadankan dengan frasa bahasa Melayu pemilikan dadah.Makna13.05.2020
"Terdapat dadah dalam sistem badannya." atau "Terdapat dadah di dalam sistem badannya." Manakah betul. "Antara 24 Mac dan 28 Mei 2001, telah berlaku mogok." atau "Antara 24 Mac hingga 28 Mei 2001, telah berlaku mogok." Yang mana betulJawapan yang betul ialah:
1) Terdapat dadah dalam sistem badannya.
2) Antara 24 Mac hingga 28 Mei 2001, telah berlaku mogok.
Tatabahasa20.10.2020
Mohon pencerahan. 1. Satu rampasan dadah terbesar... atau Satu rampasan terbesar dadah... 2. Sungguh amat ayu gadis itu : Adakah ayat ini salah ? 3. Janji temu @ temu janji ? Terima kasih.1. Frasa yang betul ialah "rampasan dadah terbesar".
2. Frasa yang betul ialah "sungguh ayu" atau "amat ayu".  
3. Janji temu.
Tatabahasa01.09.2015
~melawat ke rumah orang tua ~melawat ke rumah-rumah orang tua ~melawat ke rumah orang-orang tua ~melawat ke rumah orang tua-tua ~melawat rumah orang tua ~melawat rumah-rumah orang tua ~melawat rumah orang-orang tua ~antidadah ~anti-dadah ~anti dadah ~anti-Amerika ~anti Amerika ~antiAmerika ~melawat rumah orang tua-tua YG MANA BETUL TATABAHASANYA?Orang tua membawa maksud orang yang sudah tua dan orang tua juga boleh bermaksud ibu bapa. Oleh itu, frasa "melawat ke rumah orang tua" boleh membawa dua makna tersebut dan frasa "melawat ke rumah orang-orang tua" bermaksud melawat ke rumah orang yang sudah tua. Kata melawat perlu diikuti kata sendi nama ke kerana dihadapannya ialah tempat, iaitu rumah orang tua/rumah orang-orang tua.
Ejaan yang betul ialah antidadah dan anti-Amerika. Perkataan anti ialah awalan asing yang bersambung terus dengan perkataan yang mengikutinya kecuali kata nama khas seperti anti-Amerika dan anti-Yahudi.
Tatabahasa06.10.2012
apakah maksud dadah

Maksudnya ialah ubat-ubatan;  bahan (spt ganja, heroin, marijuana, dsb) yg merosakkan atau membinasakan orang yg menggunakannya berlanjutan (merosakkan kesihatan, membawa maut, dll). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. terima kasih.

Makna19.06.2008
Adakah ayat ini betul? Mengedar dadah ialah perbuatan yang salah di sisi undang–undang.Mengedar dadah ialah perbuatan yang salah di sisi undang–undang. Ayat ini betul.Tatabahasa11.05.2015
Salam....saya ingin mendapatkan penjelasan tentang penggunaan "kan". Contoh 1) Pemuda itu ditangkap kerana mengedar dadah 2) Pemuda itu ditangkap kerana mengedarkan dadah Soalan :Yang mana satu betul"mengedar" atau "mengedarkan" T.kasih... En. Mohd NorAwalan meN- membentuk kata kerja aktif sama ada transitif atau tak transitif, iaitu memerlukan objek atau tidak memerlukan objek selepasnya. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam transitif aktif. Dari aspek makna pula, mengedar bermaksud berpindah-pindah dari tangan ke tangan dan mengedarkan pula bermaksud menyampaikan sesuatu daripada seorang kepada seorang lain dan seterusnya atau mengelilingkan menyebarkan. Berdasarkan huraian yang tersebut penggunaan perkataan mengedar dalam konteks ayat tersebutlebih tepat berbanding dengan perkataan mengedarkan. Pemuda itu ditangkap kerana mengedar dadah.Tatabahasa21.11.2012
123456

Kembali ke atas