Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.dah] | داده

Definisi : 1. ubat-ubatan; 2. bahan (spt ganja, he­roin, marijuana, dsb) yg merosakkan atau membinasakan orang yg menggunakannya ber­­lanjutan (merosakkan kesihatan, mem­bawa maut, dll); pendadah tempat menyimpan dadah (ubat-ubatan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.dah] | داده

Definisi : 1 bahan yg digunakan utk ubat-ubatan. 2 bahan (biasanya yg mengetagihkan) yg digunakan sbg ubat tidur dan dpt menyebabkan khayal atau tidak sedarkan diri, spt candu dan heroin: Jauhilah ~ yg membahayakan diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dadah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drug facilitated raperogol dipermudah dadahKriminologiKeadilan JenayahPersetubuhan yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan dadah. Dadah tersebut menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa.
euphoriaeuforiaPerubatanTiadaKeriangan yang abnormal atau berlebihan. Keadaan ini boleh dicetuskan oleh dadah-dadah tertentu atau penyakit mania.
drug-facilitated sexual assaultserangan seksual dipermudah dadahKriminologiKeadilan JenayahSerangan seksual yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan dadah. Dadah tersebut menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa.
dopingsalah guna dadahSukanTiada2. Salah guna dadah: Penggunaan dadah atau bahan larangan yang boleh meningkatkan prestasi seseorang peserta.
drug induced crimejenayah dipengaruhi dadahKriminologiKeadilan JenayahPerlakuan jenayah yang dilakukan kerana didorong oleh masalah ketagihan dadah atau jenayah yang dilakukan semasa di bawah pengaruh dadah. Contohnya, perbuatan mencuri oleh penagih bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah. Contoh lain ialah pembunuhan yang dilakukan seseorang di bawah pengaruh dadah.
drug traffickingpengedaran dadahKriminologiKeadilan JenayahAktiviti yang melibatkan penanaman, pembuatan, pemprosesan, penyimpanan dan pemerdagangan dadah. Dari segi undang-undang, pengedaran dadah termasuklah perbuatan seperti mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyikan, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya.
illicit drugdadah terharamPerubatanTiadaDadah yang penggunaannya diharamkan oleh pihak pemerintah kerana dadah tersebut dapat menimbulkan ketagihan atau kesan buruk pada pemikiran, seperti halusinasi dan euforia, yang seterusnya boleh menimbulkan gejala sosial yang buruk. Misalnya, heroin, mofina, LSD (lisergida) dan ganja.
drug tolerencetolerensi dadahBiologiMikrobiologiPerihal kerintangan dadah yang wujud akibat pendedahan yang berulang-ulang terhadap dadah tersebut.
drug addictspenagih dadahPerubatanTiadaIndividu yang bergantung kepada dadah daripada kumpulan tertentu yang bukan disebabkan oleh penyakit. Pemberhentian pengambilan dadah akan menyebabkan sindrom sarak yang menghasilkan gejala fizikal atau psikologi. Kumpulan ini berisiko tinggi mendapat penyakit psikiatri dan penyakit bawaan darah seperti AIDS dan Hepatitis B.
pharmacotherapyfarmakoterapiPsikologiPsikologi UmumTerapi yang menggunakan dadah atau ubat untuk merawat gangguan psikologi atau emosi. Dadah tertentu boleh digunakan untuk melegakan serangan kebimbangan atau ketidakselesaan akibat kecelaruan psikologi yang lain. Walau bagaimanapun, dadah lebih banyak digunakan untuk mengubati kecelaruan psikologi yang lebih teruk seperti skizofrenia dan kecelaruan hati atau suasana hati major. Contohnya, dadah antipsikoti atau trankuilizer utama seperti torazina digunakan untuk mengurangkan halusinasi dan delusi.
12345678910...

Kembali ke atas