Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.é.rah] | داءيره

Definisi : (daérah) 1. lingkungan sesuatu peme­rintahan, wilayah (sesebuah negara): Sabah dan Sarawak termasuk dlm ~ Malaysia; 2. bahagian sesebuah negeri (sekeliling sesebuah bandar) yg mempunyai sempadannya utk ke­mudahan pentadbiran: negeri Melaka ter­bahagi kpd tiga buah ~, iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah; ~ Temerloh; pegawai ~ pegawai kanan kerajaan yg meng­urus pentadbiran sesebuah daerah (dlm bidang-bidang tertentu); 3. kawasan yg mempunyai iklim (penduduk, hasil dll) yg sama: ~ hawa panas; ~ orang asli; 4. kawasan yg berada di bawah sesuatu pengaruh (kekuasaan, keadaan, dll): ~ darurat; ~ tentera; 5. ki skop, bidang: menyimpan rahsia termasuk dlm ~ amanah; ~ mata air daerah yg mendapat (bekalan) air dr mata air; ~ pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu; ~ seberang laut(an) daerah jajahan; ~ sungai kawasan yg men­dapat air dr sungai; ~ takluk tanah jajahan; ~ tidak bertuan daerah yg tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan (pemerintahan); sedaerah 1. berasal dr (berada atau terletak di) daerah yg sama; 2. mengenai satu daerah sahaja, setempat; kedaerahan yg tertumpu pd atau mengenai sesuatu daerah (tidak meluas atau menye­lu­ruh): ia perlu menyingkirkan faham ~nya; peng­ajaran dlm ilmu kesihatan harus bersifat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.é.rah] | داءيره

Definisi : /daérah/ 1 tempat atau kawasan di sekitar sesebuah bandar; jajahan: ~ Kuala Pilah yg besar sekali di Negeri Sembilan. 2 lingkungan sesuatu pemerintahan; wilayah: Singapura tidak termasuk dlm ~ Malaysia. 3 lingkungan tempat yg sama keadaan hawanya (penduduknya, hasilnya dll); kawasan: ~ hawa panas. kedaerahan sifat-sifat mengenai sesuatu daerah: Perasaan ~ harus diketepikan. sedaerah satu atau sama daerah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daerah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DATUK BANDAR

Datuk bandar ialah gelaran kehormat yang

diberikan kepada pengerusi majlis borough

tertentu di Great Britain. Daerah-daerah kerajaan

tempatan yang telah dikurniakan status borough

oleh piagam diraja mempunyai datuk bandar.

UMUM 
MAKKAH AL-MUKARRAMAH, DAERAH

Makkah al-Mukarramah, Daerah ialah

salah satu daripada 13 buah daerah Kerajaan Arab

Saudi, yang di tetapkan sempadannya. Daerah

Makkah terletak di pedalaman barat Arab Saudi,

bersempadan dengan daerah Riyad di timurnya,

daerah ‘Asir, al-Bahah dan Jazan di selatannya,

daerah Madinah di utaranya dan Laut Merah di

baratnya. Ia berada setinggi kira-kira 300 meter di

atas permukaan laut. Pusat bandar bagi daerah

Makkah al-Mukarramah ialah Makkah al-

Mukarramah yang menyaksikan turunnya

perutusan yang paling tinggi dan ayat-ayat al-

Qur’an yang banyak daripada Allah SWT. Makkah al-

Mukarramah juga ialah tempat kelahiran nabi dan

rasul terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW. Ia

merupakan bandar yang paling suci dan mulia di atas

muka bumi. Ia juga pusat pentadbiran dan

ketamadunan bagi daerah Makkah al-Mukarramah

dan bandar yang paling banyak aktiviti, kemajuan

dan pembangunan kerana ia merupakan tempat

tumpuan puluhan juta umat Islam setiap tahun.

UMUM 
DARJEELING

Darjeeling (pend. 57 603) ialah ibu negeri musim

panas Benggala Barat dan pusat pentadbiran

daerah Darjeeling. Daerah ini terletak di utara

Calcutta, iaitu di sebelah timur India, berhampiran

sempadan Nepal.

UMUM 
DAERAH COLUMBIA (D.C.)

Daerah Columbia (D.C.) atau District of

Columbia merupakan pusat pemerintahan kerajaan

Amerika Syarikat. Daerah ini meliputi keluasan 179

kilometer persegi di sepanjang Sungai Potoma di

antara Maryland dengan Virginia.

UMUM 
DIALEK MELAYU PERAK TENGAHDIALEK MELAYU PERAK TENGAH, satu ragam dialek Melayu yang dituturkan di daerah-daerah yang terletak di kawasan tengah negeri Perak. Dari segi penyebaran geografinya, daerah-daerah ini meliputi bandar Ipoh, Batang Padang, hingga ke Tanjung Malim di sebelah selatan.BAHASABahasa
ARMAGH

Armagh (pend. 51 287 orang) ialah sebuah

kerajaan tempatan di daerah Ireland Utara. Daerah

ini bertumpu kepada bandar bersejarah Armagh.

Bandar ini pernah menjadi ibu negara Ireland dan

kediaman raja-raja yang memerintah negeri

tersebut. Hari ini, bandar ini merupakan pusat

keagamaan utama bagi seluruh Ireland dan

mempunyai uskup dalam Gereja Roman Katolik serta

Gereja Ireland.

UMUM 
ALIRAN BENDALIRSistem terbuka dikenali juga sebagai isipadu kawalan.  Dalam analisis aliran secara isipadu kawalan, pertama ditakrifkan sebagai satu rantau atau daerah kajian.  Untuk membezakan daerah kajian daripada persekitarannya, maka satu sempadan yang meliputi rantau kajian dilakarkan.  Sempadan ini dikenali pula sebagai permukaan kawalan S.Pada permukaan kawalan inilah jisim, tenaga, dan momentum boleh keluar masuk isipadu kawalan tersebut.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
REKAMAN DARI TUJUH DAERAH

REKAMAN DARI TUJUH DAERAH, kumpulan puisi Mh. Rustandi Kartakusuma. Kumpulan puisi ini diterbitkan oleh Balai Pustaka pada tahun 1951 di Jakarta,  Indonesia. Rekaman dari Tujuh Daerah mengandungi 150 buah puisi. Puisi-puisinya dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu, ‘Tujuh Daerah Gelepur’ (14), ‘Maju Jalan’ (13), ‘Menjelang Fajar’ (14), ‘Muara di Bawah Fajar’ (15), ‘Teres dan Butir’ (10) “Laut yang Membiru’ (53) dan ‘Pasang’ (31). Pada kulit dalam pertama terdapat dedikasi ‘Kangge Mama + Ibu Waktos Ngungsi’ (Untuk Mama + Ibu Mengungsi).

SASTERAKarya
DAERAH TASIK

Daerah Tasik ialah sebuah kawasan tasik

dan gunung-ganang yang indah di Cumbria di

bahagian barat laut England. Keluasannya kira-kira

48 kilometer dari utara ke selatan dan 40 kilometer

dari timur ke barat.

UMUM 
DAERAH PERSEKUTUAN

Daerah Persekutuan ialah kawasan yang

telah ditentukan oleh sesebuah negara sebagai

tempat letaknya ibu negara.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas