Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.é.rah] | داءيره

Definisi : (daérah) 1. lingkungan sesuatu peme­rintahan, wilayah (sesebuah negara): Sabah dan Sarawak termasuk dlm ~ Malaysia; 2. bahagian sesebuah negeri (sekeliling sesebuah bandar) yg mempunyai sempadannya utk ke­mudahan pentadbiran: negeri Melaka ter­bahagi kpd tiga buah ~, iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah; ~ Temerloh; pegawai ~ pegawai kanan kerajaan yg meng­urus pentadbiran sesebuah daerah (dlm bidang-bidang tertentu); 3. kawasan yg mempunyai iklim (penduduk, hasil dll) yg sama: ~ hawa panas; ~ orang asli; 4. kawasan yg berada di bawah sesuatu pengaruh (kekuasaan, keadaan, dll): ~ darurat; ~ tentera; 5. ki skop, bidang: menyimpan rahsia termasuk dlm ~ amanah; ~ mata air daerah yg mendapat (bekalan) air dr mata air; ~ pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu; ~ seberang laut(an) daerah jajahan; ~ sungai kawasan yg men­dapat air dr sungai; ~ takluk tanah jajahan; ~ tidak bertuan daerah yg tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan (pemerintahan); sedaerah 1. berasal dr (berada atau terletak di) daerah yg sama; 2. mengenai satu daerah sahaja, setempat; kedaerahan yg tertumpu pd atau mengenai sesuatu daerah (tidak meluas atau menye­lu­ruh): ia perlu menyingkirkan faham ~nya; peng­ajaran dlm ilmu kesihatan harus bersifat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.é.rah] | داءيره

Definisi : /daérah/ 1 tempat atau kawasan di sekitar sesebuah bandar; jajahan: ~ Kuala Pilah yg besar sekali di Negeri Sembilan. 2 lingkungan sesuatu pemerintahan; wilayah: Singapura tidak termasuk dlm ~ Malaysia. 3 lingkungan tempat yg sama keadaan hawanya (penduduknya, hasilnya dll); kawasan: ~ hawa panas. kedaerahan sifat-sifat mengenai sesuatu daerah: Perasaan ~ harus diketepikan. sedaerah satu atau sama daerah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daerah


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
luak[lu.wA/]kata namakawasan atau daerah lingkungan pimpinan Dato Undang yang empat di Negeri Sembilan.Undang bokuaso ateh luake.[un.dAN b.ku.wA.s A.tEh lu.wA/.E]Dato’ Undang mempunyai kuasa mutlak dalam daerah pimpinannya.

Kembali ke atas