Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.é.rah] | داءيره

Definisi : (daérah) 1. lingkungan sesuatu peme­rintahan, wilayah (sesebuah negara): Sabah dan Sarawak termasuk dlm ~ Malaysia; 2. bahagian sesebuah negeri (sekeliling sesebuah bandar) yg mempunyai sempadannya utk ke­mudahan pentadbiran: negeri Melaka ter­bahagi kpd tiga buah ~, iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah; ~ Temerloh; pegawai ~ pegawai kanan kerajaan yg meng­urus pentadbiran sesebuah daerah (dlm bidang-bidang tertentu); 3. kawasan yg mempunyai iklim (penduduk, hasil dll) yg sama: ~ hawa panas; ~ orang asli; 4. kawasan yg berada di bawah sesuatu pengaruh (kekuasaan, keadaan, dll): ~ darurat; ~ tentera; 5. ki skop, bidang: menyimpan rahsia termasuk dlm ~ amanah; ~ mata air daerah yg mendapat (bekalan) air dr mata air; ~ pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu; ~ seberang laut(an) daerah jajahan; ~ sungai kawasan yg men­dapat air dr sungai; ~ takluk tanah jajahan; ~ tidak bertuan daerah yg tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan (pemerintahan); sedaerah 1. berasal dr (berada atau terletak di) daerah yg sama; 2. mengenai satu daerah sahaja, setempat; kedaerahan yg tertumpu pd atau mengenai sesuatu daerah (tidak meluas atau menye­lu­ruh): ia perlu menyingkirkan faham ~nya; peng­ajaran dlm ilmu kesihatan harus bersifat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.é.rah] | داءيره

Definisi : /daérah/ 1 tempat atau kawasan di sekitar sesebuah bandar; jajahan: ~ Kuala Pilah yg besar sekali di Negeri Sembilan. 2 lingkungan sesuatu pemerintahan; wilayah: Singapura tidak termasuk dlm ~ Malaysia. 3 lingkungan tempat yg sama keadaan hawanya (penduduknya, hasilnya dll); kawasan: ~ hawa panas. kedaerahan sifat-sifat mengenai sesuatu daerah: Perasaan ~ harus diketepikan. sedaerah satu atau sama daerah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daerah


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Balai Seni Lukis Sabah akan ditubuh di daerah-daerahBadrul Azhar RahmanUtusan Malaysia30.03.1988
Daerah KelahiranSaripah Aih Wan YonUtusan Sarawak06.02.2008
Daerah yang keampuhanDihsarludbaHarian Ekspres21.09.2008
Daerah MangunatipJ. AimarNew Sabah times10.08.2008
Daerah MuhibbahNor Afiqah Mohd SidekBerita Minggu22.06.2008
Daerah Usia (sempena ulang tahun ke-38)Ja'afar Haji HamdanMingguan Malaysia11.11.2007
Daerah Samad meneroka bahasa visual A. SamadAzman IsmailUtusan Malaysia25.06.2007
Daerah Batang Kali "kaya" dengan rotan dan buluhKamit SairanUtusan Melayu22.10.1984
Daerah AsingNik Azman NMBerita Minggu24.10.1993
'Daerah Zeni' salur gagasan besarZakariya AhmadMingguan Malaysia12.12.1993
12345678910...

Kembali ke atas