Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daf.tar] | دفتر

Definisi : susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai: ~ buku; ~ istilah baru; ~ nama pengundi; ~ hitam senarai orang yg dianggap berbahaya (di­syaki jahat); berdaftar mempunyai daftar, termasuk (ter­catat) dlm daftar; surat ~ surat yg telah di­catatkan dlm daftar (utk layanan istimewa dlm urusan pengirimannya); mendaftar, mendaftarkan memasukkan (men­catatkan) dlm daftar, mengurus supaya ter­catat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; terdaftar sudah tercatat (tertulis) dlm daftar; pendaftaran perihal mendaftarkan, tin­dak­an atau urusan dsb mencatatkan (merakam­kan) dlm daftar: Kesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kera­jaan; pejabat ~ pejabat tempat mendaftar (utk kelahiran, kematian, dsb); pendaftar pegawai yg bertanggungjawab tentang (atau yg mengurus) pendaftaran, orang yg mendaftar(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[daf.tar] | دفتر

Definisi : susunan nama, barang dll yg ditulis (dicatat) berturut-turut mengikut urutan angka atau abjad; senarai: Buku ~ kedatangan murid-murid ada di atas meja. ~ pustaka bibliografi. berdaftar 1 mempunyai daftar. 2 termasuk dlm daftar: Namanya sudah ~. mendaftarkan memasukkan atau mencatat (nama, barang dll) dlm daftar: Dia sudah ~ nama anaknya di sekolah itu. terdaftar sudah (telah) didaftarkan atau ditulis dlm daftar. pendaftaran perbuatan atau hal mendaftarkan: ~ bakal-bakal haji telah dijalankan. pendaftar 1 orang yg mendaftarkan. 2 orang yg kerjanya menjaga rekod atau daftar di universiti dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daftar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Soalan sejahtera. Soalan saya: di bawah ini, mana satukah adalah tepat 1. e daftar atau E Daftar atau e-Daftar? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Penggunaan yang betul ialah e-daftar.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain24.12.2019
maksud perkataan "daftar" atau "pendaftaran"Daftar ialah susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, atau senarai, manakala pendaftaran ialah perihal memasukkan (mencatatkan) dlm daftarMakna02.09.2007
ejaan "haji" dari daftar-kata rmi-jawiUntuk makluman tuan, memang terdapat sedikit perbezaan antara data dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi Sebutan-Jawi dengan Daftar Rumi-Jawi (Beta) dalam paparan PRPM. Daftar Rumi-Jawi dibangunkan dalam bentuk sistem Beta untuk membantu pengguna menyemak penggunaan ejaan Jawi secara dalam talian, khususnya yang tiada buku rujukan. Namun begitu sistem ini ada kelemahannya kerana  dalam proses pemindahan data berlaku beberapa kesalahan. Oleh itu, rujukan yang sahih ialah buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. Perkara ini akan diperbaiki bagi memberikan perkhidmatan bermutu kepada pengguna. Lain-lain26.09.2016
boleh saya dapat kan buku daftar kata terkini?

Puan Sarimah,

Buku daftar kata yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi. Daftar kata ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, tingkat bawah, Menara DBP, KL atau di kedai buku yang terdapat di bandar raya  Kuala Lumpur.

Lain-lain28.12.2009
DAFTAR PAPAN TANDAUntuk pengesahan iklan, sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx
Sekian terima kasih
Lain-lain06.01.2017
Tuan, yang manakah betul? pradaftar, pra daftar atau pra-daftar? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah pradaftar.Ejaan23.02.2012
1.Apakah maksud perkataan Dartaf InterimDaftar interim bermaksud daftar yang bersifat sementara.Makna04.02.2010
Menurut pembacaan saya, DBP telah menerbitkan sebanyak 122 Daftar Istilah dan 63 Kamus Istilah. Apakah perbezaan maksud antara Daftar Istilah dengan Kamus Istilah?. Terima Kasih atas maklum balas pihak tuan.Daftar istilah mengandungi istilah dan padanan istilah sahaja. Kamus istilah mengandungi istilah, padanan istilah dan huraian tentang istilah tersebut.

Contoh entri dalam daftar istilah:
network   -  rangkaian
multilink  -  multipautan

Contoh entri dalam kamus istilah:
rangkaian (Ig. network)
Koleksi dua atau lebih komputer dan alat berkaitan yang disambungkan bersama ke alat komunikasi. Setelah disambungkan, setiap bahagian rangkaian dapat berkongsi perkakasan, perisian, dan maklumat. Jenis rangkaian yang paling lazim ialah LAN dan WAN.
Istilah08.06.2012
Semakan dan kelulusanUntuk pengesahan iklan, sila buat permohonan melalui https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. Lain-lain06.04.2022
saya harap untuk pengesahan iklanUntuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. 

Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. 

Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (WISDOM LEARNING CENTRE). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. 

Sila sertakan juga visual yang jelas tanpa ada tulisan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA kerana ia akan terpapar pada sijil pengesahan. 
Terima kasih.


Lain-lain05.08.2021
12345678910...

Kembali ke atas