Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daftar kata!


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh saya dapat kan buku daftar kata terkini?

Puan Sarimah,

Buku daftar kata yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi. Daftar kata ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, tingkat bawah, Menara DBP, KL atau di kedai buku yang terdapat di bandar raya  Kuala Lumpur.

Lain-lain28.12.2009
ejaan "haji" dari daftar-kata rmi-jawiUntuk makluman tuan, memang terdapat sedikit perbezaan antara data dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi Sebutan-Jawi dengan Daftar Rumi-Jawi (Beta) dalam paparan PRPM. Daftar Rumi-Jawi dibangunkan dalam bentuk sistem Beta untuk membantu pengguna menyemak penggunaan ejaan Jawi secara dalam talian, khususnya yang tiada buku rujukan. Namun begitu sistem ini ada kelemahannya kerana  dalam proses pemindahan data berlaku beberapa kesalahan. Oleh itu, rujukan yang sahih ialah buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. Perkara ini akan diperbaiki bagi memberikan perkhidmatan bermutu kepada pengguna. Lain-lain26.09.2016
Adakah laman web ini ada menyediakan kamus daftar kata Bahasa Melayu-tulisan jawi?Setakat ini DBP belum ada menyediakan Daftar kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) secara dalam talian. Namun anda boleh mendapatkan buku berkenaan di Kedai Koperasi DBP. Harap maklum.Lain-lain04.12.2006
Assalammualaikum, Saya ingin bertanya tentang perkataan 'hari bulan'. Dalam daftar kata DBP, kedua-dua 'hari bulan' dan 'haribulan' ada dalam daftar kata DBP. Harus dijarakkan atau dirapatkan? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul menurut Kamus Dewan edisi Keempat ialah "hari bulan" yang dieja jarak.Tatabahasa05.01.2015
Salam, Adakah pihak DBP menyediakan semakan daftar kata jawi secara online?Bolehkah tuan/puan nyatakan nama laman tersebut untuk rujukan saya?Terima kasih.Untuk makluman puan, belum ada lagi semakan daftar kata Jawi secara dalam talian oleh DBP.Ejaan08.07.2014
Selamat sejahtera. Saya bercadang untuk menggunakan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi terbitan 2008 sebagai sumber untuk membina senarai kata konsonan-vokal-konsonan-vokal yang akan digunakan dalam ujian pendengaran. Sebelum itu, saya ingin bertanya tentang kriteria kemasukan perkataan dalam daftar kata tersebut. Adakah ia meliputi kata bahasa percakapan, dialek dan sebagainya? Sebahagian daripada perkataan dalam Daftar Kata tersebut tidak terdapat dalam Kamus Dewan (edisi keempat). Terima kasihUntuk makluman saudara, entri yang terkandung dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu bersumberkan Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat. Selain itu, Daftar Kata Bahasa Melayu juga turut memasukkan kata-kata tertentu daripada Daftar Ejaan Rumi yang disusun oleh Za'ba dan Malay English Dictionary susunan R.J. Wilkinson serta Kamus besar Bahasa Indonesia. Oleh itu, dalam hal penyusunan senarai kata yang saudara rancangkan, eloklah dielakkan penggunaan kata yang dilabel sebagai bp/bahasa percakapan dan BI/Bahasa Indonesia dalam entri sumber.Lain-lain10.10.2011
"Salam Tuan. Alumni disebut alum-nai atau alum-ni ? sekian terima kasih."Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, alumni disebut sebagai a.lum.ni. Sila rujuk Buku Daftar Kata Bahasa Melayu - Rumi-Sebutan-Jawi edisi kedua muka surat 174.Tatabahasa06.02.2013
Selamat sejahtera, saya ingin dapatkan senarai harga buku-buku berikut, 1. Kamus dewan bahasa edisi terkini 2. buku daftar kataHarga Kamus Dewan Edisi Keempat ialah RM60.00 dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu  Edisi Kedua ialah RM80.00.Lain-lain09.09.2009
Soalan 1. Adakah Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi DBP boleh dijadikan panduan menentukan jumlah suku kata dalam perkataan. Atau hanya digunakan dalam menentukan cara penyebutan sesuatu perkataan. Dalam Daftar Kata muka surat 1722 perkataan tempua ditulis [tem.pua] (adakah dua suku kata). Di dalam Tatabahasa Dewan perkataan tempua dikategorikan sebagai 3 suku kata iaitu KVK + KV + V. Mohon penjelasan, Terima kasih.Perkataan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi dipenggal mengikut sebutan sebagai panduan kepada pengguna untuk menyebut perkataan. Buku ini disusun khusus sebagai panduan untuk menyebut perkataan dan panduan penulisan Jawi.Tatabahasa07.01.2014
Salam pihak DBP, Saya mempunyai kemusykilan tentang terjemahan jawi ke rumi. Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, ini merupakan bunyi yang disediakan oleh pihak DBP. Soalan saya adalah berkaitan dengan huruf ث . Dalam daftar kata ini, huruf Sa ditulis sebagai Sa (Tha) - apakah boleh diguna pakai dalam kurungan sebab jika nak eja penuh perkataan yang bermula dari huruf Sa, seperti Tsallajatun (Peti ais), Tsamaratun (Buah-buahan), Thaljun (ais), Tsaub (pakaian) - yang mana bentuk ejaan yang lebih tepat? Permulaan Tsa atau Tha? Mohon pencerahan daripada pihak DBP kerana saya menyediakan bahan ini untuk kanak-kanak prasekolah dan perlu sebutan dan ejaan yang tepat. Terima kasih, DBP.Ejaan hendaklah menggunakan nama yang diberi dan perkataan dalam tanda kurung ialah sebutan nama tersebut. Contoh:ثمرت
Apabila ditransliterasikan dalam Rumi menjadi samaratun, namun disebut thamaratun.
Lain-lain17.01.2020
12345678910...

Kembali ke atas