Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daftar kata!


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAFTAR EJAAN RUMI BAHASA MALAYSIA

DAFTAR EJAAN RUMI BAHASA MALAYSIA, buku daftar ejaan perkataan umum bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1981 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan edisi kedua terbit pada tahun 1988. Daftar ejaan ini disusun berdasarkan ejaan Rumi baharu yang diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Buku ini bertujuan untuk digunakan sebagai rujukan pantas bagi membantu pengguna bahasa Melayu mengeja atau menulis kata dengan ejaan yang betul.

 

BAHASAKarya
DAFTAR EJAAN MELAYU JAWI-RUMI

DAFTAR EJAAN MELAYU JAWI-RUMI, sebuah buku yang mengandungi huraian terperinci tentang tulisan Jawi dan Rumi, petua-petua ejaan Jawi, senarai kata Melayu, dan petua ejaan Rumi. Buku ini diusahakan (dipungut, dikumpulkan, disusun dan diatur) oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. Buku ini pertama kali dicetak pada tahun 1949 di Gudang Cap Printers Limited, Singapura, dan tergolong dalam siri ‘The Malay School Series No. 31’.

 

BAHASAKarya
DAFTAR UMUM SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

DAFTAR UMUM SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU, pedoman umum dan panduan sebutan baku. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991. Buku ini diterbitkan untuk memudahkan para pengguna bahasa Melayu merujuk dan menyebut setiap perkataan dalam bahasa Melayu dengan betul seperti yang dieja. Buku ini mengandungi transkripsi sebutan bagi sejumlah lebih kurang 20 000 kata dasar, termasuk sebutan bagi beberapa kata terbitan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap perkataan dalam ejaan Rumi disusun menurut abjad dan disertakan transkripsi sebutan baku yang dipermudah untuk keperluan semua peringkat pengguna.

 

BAHASAKarya
PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA

PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA, satu sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam buku karangan Za'ba yang berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi).  Buku ini diterbitkan pada tahun 1949.  Usaha mengumpul bahan untuk buku ini bermula pada tahun 1918 tetapi hanya pada tahun 1938 bahan-bahannya siap dikumpul.  Pada bahagian permulaan buku ini diberikan kaedah tulisan Melayu dengan huruf Jawi atau dengan kata lain Pedoman Ejaan Jawi bagi bahasa Melayu.  Sebenarnya sebelum disusun kaedah ejaan Jawi yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu, Za'ba telah menulis sebuah buku yang berjudul Rahsia Tulisan Jawi (1931).  Pada tahun 1940, Za'ba memasukkan kaedah ejaan Jawi ke dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal 1.

BAHASABahasa

Kembali ke atas