Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daftar kata!


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kata komputer(computer word)Kumpulan bit yang dilayan oleh komputer sebagai satu unit dan muat disimpan dalam suatu kedudukan ingatan atau daftar. Kata ini boleh dialamatkan dan merupakan sama ada satu suruhan atau data.Kamus Komputer
indeks(indéks) 1. daftar kata penting menurut abjad berserta nombor halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku; 2. senarai tajuk buku, nama pengarang dsb yg disusun secara sistematik pd kad di perpustakaan, faharasat, katalog; 3. (Eko) laporan secara statistik yg digunakan sbg petunjuk utk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pd suatu masa atau tempoh masa tertentu: ~ kewangan; ~ emas; ~ emas (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd semua kaunter yg tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ harga (Eko) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh berbanding dgn purata harga bagi barang yg sama pd satu tahun asas; ~ harga pengguna (Eko) indeks harga yg menggambarkan perubahan harga runcit barang pengguna yg menjadi penunjuk penting bagi sesebuah negara dan digunakan utk mengira kadar inflasi dan kos sara hidup; ~ industri (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd 30 syarikat yg disenaraikan bagi sektor industri sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ kewangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat insurans di bank, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ komposit (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat berkualiti tinggi dlm pelbagai sektor pasaran saham yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ komposit BSKL (Eko) indeks pasaran yg terdiri drpd 100 kaunter drpd kesemua sektor saham yg diurusniagakan di BSKL; ~ kualiti udara (Geog) indeks bagi bahan cemar yg diperoleh secara arbitrari yg memberikan satu nombor utk menilai aras kualiti udara; ~ perladangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; mengindeks memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dlm bentuk indeks: nama yg diindeks di sini mengikut nama yg sering digunakan; pengindeksan perihal, proses atau perbuatan mengindeks: perpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan, selain perkongsian maklumat.Kamus Dewan Edisi Keempat
daftarsusunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai: ~ buku; ~ istilah baru; ~ nama pengundi; ~ hitam senarai orang yg dianggap berbahaya (di­syaki jahat); berdaftar mempunyai daftar, termasuk (ter­catat) dlm daftar; surat ~ surat yg telah di­catatkan dlm daftar (utk layanan istimewa dlm urusan pengirimannya); mendaftar, mendaftarkan memasukkan (men­catatkan) dlm daftar, mengurus supaya ter­catat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; terdaftar sudah tercatat (tertulis) dlm daftar; pendaftaran perihal mendaftarkan, tin­dak­an atau urusan dsb mencatatkan (merakam­kan) dlm daftar: Kesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kera­jaan; pejabat ~ pejabat tempat mendaftar (utk kelahiran, kematian, dsb); pendaftar pegawai yg bertanggungjawab tentang (atau yg mengurus) pendaftaran, orang yg mendaftar(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat
daftarsusunan nama, barang dll yg ditulis (dicatat) berturut-turut mengikut urutan angka atau abjad; senarai: Buku ~ kedatangan murid-murid ada di atas meja. ~ pustaka bibliografi. berdaftar 1 mempunyai daftar. 2 termasuk dlm daftar: Namanya sudah ~. mendaftarkan memasukkan atau mencatat (nama, barang dll) dlm daftar: Dia sudah ~ nama anaknya di sekolah itu. terdaftar sudah (telah) didaftarkan atau ditulis dlm daftar. pendaftaran perbuatan atau hal mendaftarkan: ~ bakal-bakal haji telah dijalankan. pendaftar 1 orang yg mendaftarkan. 2 orang yg kerjanya menjaga rekod atau daftar di universiti dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
daftarsusunan nama, barang dll yg ditulis (dicatat) berturut-turut mengikut urutan angka atau abjad; senarai: Buku ~ kedatangan murid-murid ada di atas meja. ~ pustaka bibliografi. berdaftar 1. mempunyai daftar. 2. termasuk dlm daftar: Namanya sudah ~. mendaftarkan memasukkan atau mencatat (nama, barang dll) dlm daftar: Dia sudah ~ nama anaknya di sekolah itu. terdaftar sudah (telah) didaftarkan atau ditulis dlm daftar. pendaftaran perbuatan atau hal mendaftarkan: ~ bakal-bakal haji telah dijalankan. pendaftar 1. orang yg mendaftarkan. 2. orang yg kerjanya menjaga rekod atau daftar di universiti dll.Kamus Pelajar
daftar data(data register)1. Daftar khas yang terdapat dalam kebanyakan jenis mikropemproses, dan digunakan untuk memegang data sementara semasa pengolahan. 2. Daftar yang dapat memegang data berbanding dengan daftar lain yang mempunyai tugas khas.Kamus Komputer
hadirada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dll): wakil kami tidak ~ dlm persidangan itu; daftar ~ daftar yg mengandungi nama orang yg hadir (datang); berhadir sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Teng­gara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen; menghadirkan 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hen­daklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menun­jukkan diri; 2. sl menghimpunkan, meng­adakan, menyedia­kan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ ke­leng­kapan perang; tuanku, baiklah per­silakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;kehadiran perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm per­jumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir.Kamus Dewan Edisi Keempat
loghat I1. kata (dlm erti yg sebenarnya); terjemahan menurut ~ terjemahan sekata demi sekata, erti yg tepat; 2. bahasa daerah, dialek, bahasa setempat: ~ Minangkabau; Bahasa Melayu Sarawak mempunyai bebe­rapa ~ yg berbeza dr setempat ke setempat; 3. gaya mengucapkan kata-kata: “Siapa nama awak?” ia bertanya dgn ~ Riau-Johor; bahasa Melayunya fasih sekalipun ~ Jepunnya masih jelas kedengaran; 4. daftar kata, perbendaharaan kata: kata itu terdapat dlm ~ Melayu; ~ rasmi loghat atau bahasa yg ditetapkan oleh pihak yg berkuasa sbg loghat yg sah; ~ umum loghat yg selalu dipakai oleh orang ramai; ilmu ~ ilmu bahasa; kitab ~ kamus; berloghat menggunakan (bercakap dlm) loghat: dia ~ Kelantan sewaktu bercakap dgn kawan sedaerahnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
daftar suruhan(instruction register)Daftar perkakasan yang berfungsi memegang suruhan yang akan dilaksanakan.Kamus Komputer
daftar halimunan(invisible register)Daftar yang wujud dalam unit pemproses utama untuk kegunaan pemproses sahaja dan tidak dapat dicapai secara terus oleh pengatur cara.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas