Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin daftar nama syarikat.tetapi tidak lulus.nama syarikat saya adalah Shugarholic Confectionery.Boleh hubungi saya pada no 017-3329947 atau no pejabat 03-77346612Iklan ini telah diterima melalui Khidmat Pengesahan Bahasa dan telah diuruskan.Lain-lain02.04.2014
Saya nak daftar nama kedai ‘Seludope Bike Wash Detailing’.Tapi saya check kat website tak ada.Macam mana encik boleh tolong ke?Untuk pengesahan bahasa Melayu dalam papan iklan, sila buat permohonan melalui dbpsahbahasa.my . Bagi pendaftaran nama perniagaan tuan/puan boleh merujuk dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)Lain-lain24.11.2020
Yang berikut mana satu adalah betul? Sebab? 1. Senarai borang-borang yang digunakan... 2. Senarai borang yang digunakan...Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, senarai bermaksud beberapa nama (orang, benda dan lain-lain) yang ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dan lain-lain) yang disyaki melakukan sesuatu yang salah atau yang membahayakan. ~ semak senarai yang di dalamnya terkandung barang-barang yang diperlukan, perkara yang perlu dilakukan, hal yang perlu diberi pertimbangan dsb, yang digunakan untuk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb.


Daripada takrifan tersebut, frasa yang betul ialah senarai borang yang digunakan...
Tatabahasa19.11.2014
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=register Sila jelaskan mengapa kata "daftar" tidak digunakanPerkataan ‘register’ dirakamkan di dalam Kamus Dewan kerana bersesuaian dengan fungsi Kamus Dewan yang berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat. Namun, tidak semestinya semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Bagi tujuan rasmi, daftar buku, daftar istilah baru, daftar nama pengundi, dan pejabat berdaftar digunakan.Istilah07.03.2018
Maksud yang tepat bagi perkataan-perkataan dibawah:- a.brochure b.pamplet c.banner d.catalog e.flyers f.bunting

a. Brochure (Brosur) : Buku kecil atau risalah yang diterbitkan bagi meningkatkan imej sesuatu organisasi atau kumpulan. Biasanya, buku ini mempunyai halaman hadapan yang menarik.

b. pamphlet : risalah

c. banner - kain rentang iaitu jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan.

d. catalog - katalog iaitu senarai atau daftar nama buku, barang dll dlm susunan tertentu (kadang-kadang terdapat harganya sekali).

e. flyer - risalah iaitu surat edaran (siaran): siaran itu di­­keluarkan dgn rasmi melalui akhbar-akhbar

f. bunting - gegantung iaitu (rangkaian) jalur kain dsb yg digunakan utk menghebahkan sesuatu kegiatan, produk dll.

Untuk makluman, saudara boleh terus membuat carian kata pada ruangan carian spesifik pada paparan utama semasa saudara melayari laman web DBP. Ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh DBP bagi membantu pengguna membuat carian kata dengan cepat dan mudah. Terima kasih.

Istilah17.02.2009
maksud perkataan "daftar" atau "pendaftaran"Daftar ialah susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, atau senarai, manakala pendaftaran ialah perihal memasukkan (mencatatkan) dlm daftarMakna02.09.2007
Assalamualaikum dan selamat pagi, saya nak tanya ini ke ejaan nama yang betul seperti yang tertera dibawah. Terima kasih.Ejaan yang betul bagi nama-nama nabi mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua ialah Nabi Yaakub, Nabi Syu'ib, Nabi Sulaiman, Nabi Saleh, Nabi Ayub (sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua dari muka surat 1878 dan 1879 untuk ejaan yang betul bagi 25 nama nabi)Ejaan02.08.2019
MAKSUD DAFTARMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, daftar ialah susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna14.04.2009
Disebabkan saya pertama kali membuat permohonan, saya tidak isi untuk Nama syarikat. Tetapi selepas lulus pengesahan, Nama syarikat atas nama individual. Bolehkah sijil diubah kepada Nama syarikat Yin Cheong Air-Cond & Refrigerator Services? Sekali terima kasih.Nama yang tertera pada sijil tidak boleh diubah. Sila daftar baharu dan buat permohonan semula.Lain-lain03.04.2017
Dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi terbitan 1998 – 1999 perkataan parti dieja pa-alif-ra-ta-ya (ada alif). Dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2008) perkataan parti dieja pa-ra-ta-ya (alif dipecat). 1. Ejaan manakah yang betul? 2. Apakah dasar perubahan itu? Terima kasih.Seperti dalam Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi ejaan suku kata tertutup ke atas tidak dilambangkan dengan huruf alif dalam suku kata tersebut seperti yang ada dalam ejaan parti. Huruf alif dalam suku kata tertutup ke atas lazimnya digunakan bagi membezakan dua perkataan yang berlainan. Contohnya dan (sempat) dieja dal nun, manakala dan (kata sendi nama) dieja dal alif nun.Ejaan14.04.2012
123456789

Kembali ke atas