Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daging lembu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, tuan/puan. Saya ingin bertanya tentang perkataan daging lembu Wagyu. Yang manakah ejaan yang betul? daging lembu wagyu atau daging lembu Wagyu? Mohon pencerahan pihak DBP. Sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah daging lembu Wagyu.Ejaan30.10.2020
Saya memerlukan nasihat: 1) Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'menyambut' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. atau 2) Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'sambutan' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. Soalan saya. i) Adakah kedua-dua ayat di atas gramatis? ii) Wujudkah perbezaan konteks antara kedua-dua perkataan tersebut (yang digunakan dalam ayat)? Terima kasih1. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, sambutan bermaksud penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll):Oleh itu, ayat yang betul ialah Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'sambutan' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan.Ejaan04.12.2018
Bolehkan perkataan "patti" digunakan dalam Bahasa Malaysia untuk "patty" dalam Bahasa Inggeris? Di laman Istilah Malaysia, istilah "patti daging lembu" digunakan untuk "beef patty". Namun begitu, tiada perkataan "patti" disenaraikan dalam Kamus Dewan Edisi 4. Terima kasih.Perkataan patti dan patti daging lembu adalah betul dan boleh digunakan.Istilah04.01.2017
tolong menterjemahkan ke bahasa malaysia 1)hydrolyzed gelatin 2)dietary fibre 3)contains edible gelatin from beef which derive only from cattle. 4)contains edible gelatin from beef1. gelatin terhidrolisis 2. serabut diet 3. mengandungi gelatin boleh dimakan daripada daging lembu 4. mengandungi gelatin boleh dimakan daripada daging lembuLain-lain18.01.2008
masalah saya ialah dalam frasa berikut :daging lembu, keropok udang, susu kambing,adakah perkataan lembu, udang dan kambing dalam frasa tersebut digolongkan ke dalam kata nama hidup bukan manusia atau frasa tersebut digolongkan dalam kata nama tak hidup bukan manusia.Terima kasih!Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, dan berbilang atau tak berbilang.


Perkataan lembu, udang dan kambing ialah kata nama hidup bukan manusia.  
Tatabahasa22.09.2016
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Emak (mengalas) kari itu dengan rempah-ratus. (b) Orang buta itu menggunakan tongkat supaya (laku) berjalan. (c) Daging lembu itu menjadi (larut) setelah dimasak. (d) Durian itu (diputuskan) untuk mendapatkan isinya.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Maafkan saya, saya mempunyai soalan yang ingin diajukan. Dalam kamus Perdana, saya mendapati lembu daging didefinisikn sebagai lembu yang berwarna putih, merah keperang-perangan, hitam atau kelabu. Selain itu, lembu daging juga didefinisikan sebagai lembu yang berbonggol di bahagian atas bahu badannya dan diternak khusus untuk dagingnya. Jadi, soalan saya, adakah lembu yang berwarna coklat tetapi mempunyai ciri-ciri dalam definisi tadi dikatakan juga sebagai lembu daging? Atau lembu-lembu yang telah dinyatakan warnanya sahaja serta yang mempunyai ciri-ciri tersebut dikatakan sebagai lembu daging?Ya. Lembu yang berwarna coklat termasuk dalam kategori lembu yang berwarna merah keperang-perangan. Yang penting ciri utamanya ialah lembu tersebut diternak untuk dagingnya, bukan untuk susu atau untuk membuat kerja.Makna31.03.2023
betulkah ayat ini? Haji Ghazali memotong dua ekor lembuAyat yang betul ialah: Haji Ghazali menyembelih dua ekor lembu. Perkataan memotong digunakan dalam konteks yang berikut: Haji Ghazali memotong daging lembu.Tatabahasa28.05.2011
Salam sejahtera tuan/puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Beef Cattle Head Bails'? Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangakan untuk Beef Cattle Head Bail" ialah Kurungan Penahan Kepala Lembu Daging.Istilah10.03.2016
Adakah ayat dibawah sesuai digunakan? Gunakan Sos Life Masam manis untuk menambah perasa masakan ayam, kambing, daging dan rusuk lembu sebelum memanggang atau membakar; semasa mencelur/merebus sayuran, taufu dan jeruk. Boleh juga digunakan dengan memanaskan sos dan tuang ke atas ikan goreng, ayam dan udang sebelum dimakan.

Ayat yang sesuai digunakan adalah seperti yang berikut:

Gunakan sos Life masam manis untuk menambah perisa masakan atau panggangan ayam, kambing, daging dan rusuk lembu. Sos ini juga sesuai digunakan dalam air rebusan ketika mencelur atau merebus sayuran, taufu dan jeruk, serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam dan udang untuk kenikmatan sebenar.

Tatabahasa04.01.2024
12

Kembali ke atas