Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dah] | ده

Definisi : singkatan bagi sudah: ~ lama kami cari rumah, tidak dapat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dah] | ده

Definisi : tugas, dinas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dah

Puisi
 

Ada kain lupa ke baju,
     Konon baju layu dah bunga;
Ada lain lupakan aku,
     Kerana aku orang dah hina.


Lihat selanjutnya...(43)

Pantun

PantunSumberTema
Tiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bila dah naik orang berburu, Tentulah cepat binatang hilang; Apabila adik memang setuju, Tentulah cepat abang meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang nasi dah jadi bubur, Sedap tak sedap dimakan juga; Sedang mandi abang menegur, Tergagap-gapap disahut juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jika tidak memukat ikan, Tentu dah lama pulang ke rumah; Jika tidak mengingat puan, Tentu dah lama abang menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau kutahu tuan ke kota, Tentu dah lama aku menumpang; Kalau kutahu tuan mencinta, Tentu dah lama aku meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam orang menari, Kerana hari dah larut malam; Malam-malam abang ke mari, Kerana hati dah rindu dendam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ada kain lupa ke baju, Konon baju layu dah bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang dah hina.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Itik berbunyi hari dah siang, Itik balik waktu petang; Adik berlari seperti kijang, Adik menerkam seperti helang.Pantun Melayu SarawakUmum
Ulamku ini ulam dah layu, Manakan dapat dimakan lagi; Demamku ini demam merayu, Tuan berangkat seorang diri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hendak berburu orang dah pergi, Biarlah hamba duduk menunggu; Hendak bertemu dinda tak sudi, Biarlah hamba menanggung rindu. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234567

Kembali ke atas