Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dah nak

Puisi
 

Selayak burung di rimba,
     Padi emping tiga tangkai;
Ikutkan layak badan dah tua,
     Nak mati bertindih bangkai.


Lihat selanjutnya...(10)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
menggogoh[m«N.go.goh]kata kerjamenangkap ikan di sawah atau anak sungai yang hampir kering, dengan meraba-raba menggunakan sebelah atau dua belah tangan.Ae sawah dah nak kereng, mari le kite menggogoh.[Ae sA.wAh dAh nA/ k«.ÄeN mA.Äi l« ki.t« m«N.go.goh]Air sawah dah nak kering, marilah kita menggogoh.
pigi sebon[pi.gi se.bon] perigi yang telah terbiar dan dipenuhi semak atau lumpur.Ari dah nak senje ni pon bapak nak pegi nimbe pigi sebon?[A.Äi dAh nA/ s«n.dZA ni pon bA.pA/ nA/ p«.gi nim.b« pi.gi se.bon]Hari sudah hampir senja ini pun, bapa hendak pergi menimba perigi sebon?
melangsang[m«.lAN.sAN]kata kerjamelakukan aktiviti lasak yang tidak berfaedah. Contohnya kanak-kanak pergi bermain-main ke dalam semak atau ke dalam sawah terbiar dan sebagainya; menyelanak.Melangsang aje keje engkau, kan dah dekat pekse.[m«.lAN.sAN A.dZ« k«.dZ« «N.kAw kAn dAh d«.kAt pe/.s«]Melansang sahaja kerja engkau ini, kan dah nak periksa.
menyelanak[m«.ø«.lA.nA/] kata kerjakata kerja1. melakukan aktiviti lasak yang tidak berfaedah. Contohnya kanak-kanak pergi bermain-main ke dalam semak atau ke dalam sawah terbiar dan sebagainya; melangsang.Menyelanak aje keje engkau, kan dah dekat pekse.[m«.ø«.lA.nA/ A.dZ« k«.dZ« «N.kAw kAn dAh d«.kAt pe/.s«]Menyelanak sahaja kerja engkau ini, kan dah nak periksa.
naek padi[nAe/ pA.di] proses menuai dan membawa padi naik dari sawah.Dah dekat nak naek padi, kene le siap lesong.[dAh d«.kAt nA/ nAe/ pA.di k«.n« l« si.jAp l«.soN]Sudah dekat nak naik padi, kenalah siapkan lesong.
buke carang[bu.k« tSA.ÄAN] membuat torehan pertama pada pokok getah baru.Pokok getah kau ni dah cukop umo, bile nak buke carang.[po.ko/ g«.tAh kAw ni dAh tSu.kop u.mo bi.l« nA/ bu.k« tSA.ÄAN]Pokok getah kau ni dah cukup umur, bila nak buka carang.
menunggon[m«.nuN.gon]kata adjektifbanyak atau bertimbun-timbun.Kaen baju dah menunggon dalam bilek, nak basoh, ari-ari ujan.[kAen bA.dZu dAh m«.nuN.gon dA.lAm bi.le/ nA/ bA.soh A.Äi.A.Äi u.dZAn]Kain baju dah bertimbun-timbun di dalam bilik, nak dibasuh, hari-hari hujan.
subal[su.bAl]kata adjektifraut wajah perempuan yang tembam dan tidak menarik.Subal pon, die dah bekenan, kite nak cakap ape.[su.bAl pon di.j« dAh b«.k«.nAn ki.t« nA/ tSA.kAp A.p«]Tembam pun, dia berkenan, kita nak cakap apa.
mengakas[m«.NA.kAs]kata kerjamencakar-cakar tempat yang telah dipilih untuk persediaan bertelur bagi ayam atau beranak bagi kucing.Wah, kuceng ni dah mengakas, dekat nak beranak le ni![wAh ku.tSeN ni dAh m«.NA.kAs d«.kAt nA/ b«.ÄA.nA/ l« ni]Wah, kucing ni dah mengakas, hampir hendak beranak ini!
nginci[Nin.tSi]kata kerjamewarnakan helaian-helaian daun mengkuang dan lain-lain untuk dibuat tikar.Aku baru nak melurut, kau dah nginci.[A.ku bA.Äu nA/ m«.lu.Äut kAw dAh Nin.tSi]Aku baru hendak melurut, engkau sudah mewarna.
12

Kembali ke atas