Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dah nak

Puisi
 

Selayak burung di rimba,
     Padi emping tiga tangkai;
Ikutkan layak badan dah tua,
     Nak mati bertindih bangkai.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Selayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil kertas lukis pelamin, Mari pelekat di papan geta; Saya nak pesan kepada angin, Dah angin pun tak boleh berkata.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tahan punai kena merbuk, Merbuk bersarang di kayu jati; Dah tahu benda tu mabuk, Sahaja nak cari mati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau tak beli jangan dibelek, Kata orang bijak cerdik; Kalau dah undur terkam balik, Itu tanda umur nak pendek.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Orang memburu seberang sana, Dapat seekor landak betina; Senjata buruk besi dah lama, Mana tikam susah nak kena.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Rumah limas bertangkal-tangkal, Bawa mari pergi ke Makkah; Abang dah kasi emas sejengkal, Bila pula kita nak nikah?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Padi basah di dalam paya, Dibawa orang pergi ke kota; Apa nak susah kepada saya, Saya dah ada di depan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak raja berkirim surat, Dari timur sampai ke barat; Senjata lama dah dimakan karat, Mana tikam susah nak lekat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Di zaman dahulu bergalah perahu, Di zaman sekarang bermotor sangkut; Dari dahulu adik dah tahu, Kenapa sekarang adik nak ikut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas