Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ha.gi] | دهاݢي

Definisi : pertentangan terbuka terhadap pihak berkuasa; dahaga-~ berbagai-bagai perten­tangan terhadap pihak berkuasa; mendahagi menentang pihak berkuasa; pendahagi orang yg menentang pihak ber­kuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ha.gi] | دهاݢي

Definisi : Kd, Pl degil: budak itu ~ sangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ha.gi] | دهاݢي

Definisi : penentangan (pemberontakan) terhadap pemerintah: Perasaan itu terbuku sehingga tahun 1857 apabila ~ India meletus. mendahagi menentang pemerintah. pendahagi orang yg menentang pemerintah: ~-~ itu telah membunuh pegawai-pegawai Eropah dan mara ke Delhi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahagi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, 1) Berdasarkan contoh ayat di bawah, adakah betul penggunaan perkataan persubahatan, disubahatkan dan pensubahat? 2) Jika salah, apakah perkataan yang betul untuk digunakan dan kenapa? Contoh: Persubahatan apa-apa kesalahan, jika orang yang disubahatkan itu melakukan perbuatan itu dengan suatu niat yang berlainan daripada pensubahat itu. 3) Berdasarkan contoh ayat di bawah, adakah betul penggunaan perkataan menyubahati? Jika salah apakah perkataan yang betul untuk digunakan dan kenapa? Contoh: Menyubahati dahagi, atau cuba memujuk seorang pegawai, askar atau kelasi supaya tidak menjalankan tugas. Sekian, terima kasih.Kata terbitan yang betul bagi perkataan “subahat” ialah “bersubahat” dan “persubahatan”. Bersubahat bermaksud perbuatan bekerjasama dengan orang atau pihak lain untuk melakukan sesuatu perbuatan yang tidak baik, manakala persubahatan pula merujuk perbuatan bersubahat. Dalam Kamus Dewan Perdana, tidak ada contoh penggunaan bagi perkataan “disubahatkan”, “pensubahat” dan “menyubahati”.Tatabahasa24.06.2022

Kembali ke atas