Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.hi] | داهي

Definisi : 1. bahagian muka di antara kening dgn kaki rambut: ~nya berkerut; bulu ~ kening; ~nya kiliran taji ki dahinya licin; ~nya sehari bulan ki kaki rambutnya melengkung spt bulan sehari; 2. ki bahagian depan (sesuatu) yg boleh disifatkan sbg dahi; ~ layar kayu pd tiang utk menguatkan layar; biar ~ berluluk asal tanduk mengena prb biar bersusah payah asal maksud tercapai; siapa pun jadi raja, tangan aku ke ~ juga prb siapa pun yg berkuasa, aku tetap meng­hor­matinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.hi] | داهي

Definisi : bahagian muka di antara kening dgn kaki rambut: ~nya berkerut-kerut sewaktu berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahi

Puisi
 

Rambut ikal gulung di dahi,
     Khabar pulang bersarung gigi;
Rasa tak kekal diam di sini,
     Akhir pulang ke tempat sendiri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Arang di dahi (= di kening,
     di muka).

Bermaksud :

Mendapat malu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sindrom DownDown syndromeSindrom pada manusia, iaitu kecacatan sejak lahir yang berpunca daripada mutasi kromosom, iaitu kromosom yang terlebih satu pada kromosom ke-21. Ia mengakibatkan kemerosotan intelektual dan ketidaknormalan fizikal. Contohnya, dahi lebar, mata sepet dan hidung penyek.Menengah Atas

Kembali ke atas