Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.Öi] | داعي

Definisi : (da.i) Ar pendakwah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cadangan nama tadika 1. Tadika Dai Cilik 2. Tadika Dai Pintar 3. Tadika Dai Cerdik 4. Tadika Daie CilikEjaan yang betul ialah "dai", Tadika Dai Cilik, Tadika Dai Pintar, Tadika Dai Cerdik boleh digunakan.Tatabahasa03.11.2015
Cadangan nama tadika: 1. Tadika Daie Cilik 2. Tadika Dai Pintar 3. Tadika Dai MontessoriCadangan nama yang betul ialah - 2. Tadika Dai Pintar 3. Tadika Dai Montessori.Tatabahasa02.11.2015
dai ialah pendakwah. Bagaimana pula dengan orang yang menerima dakwah? Adakh betul menggunakan perkataan "mad'u"?Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kamus bahasa Arab untuk mendapatkan maklumat berkenaan.Tatabahasa10.06.2013
Assalamualaikum wrt wbt./ Selamat pagi, Pihak menggunakan slogan Dai'e, Ulama dan Umara untuk institusi. Saya ingin memohon pencerahan berkaitan ejaan yang betul untuk perkataan tersebut. Terima kasih. Ejaan dalam bahasa Melayu yang betul ialah dai, ulama dan umara.Ejaan30.12.2019
Dia menjerit meminta tolong. Dai menjerit meminta pertolongan. Adakah kedua-dua ayat di atas betul?

1. Dia menjerit meminta tolong.

2. Dia menjerit meminta pertolongan.

Kedua-dua ayat adalah betul.

Tatabahasa07.03.2011
maksud Da'ieDai bermaksud pendakwah.Makna02.11.2006
Jika saya bercakap dengan guru saya, apa kata ganti nama kedua yang boleh saya guna?

Sdr. Chong, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Dai segi kata sapaan Chong boleh gunakan Cikgu dan boleh juga gunakan Encik dan Puan atau Cik diikuti dengan namanya. Terima kasih

Lain-lain07.07.2009
Saya ingin tahu adakah pemenggalan suku kata bagi perkataan berikut betul: 1) harimau (ha-ri-ma-u) 2) memakai (me-ma-ka-i) 3) bagaimanakah (ba-ga-i-ma-na-kah) 4) balai (ba-la-i) 5) angpau (ang-pa-u) 6) haiwan (ha-i-wan) 7) sungai (su-nga-i) 8) pandai (pan-da-i) Saya harap pihak saudara tidak mengelirukan (penggalan suku kata) dengan (pemenggalan sebutan). Sebab apa yang saya ingin tahu adalah (Pemenggalan Suku Kata). Terima kasih.(1) harimau (ha.ri.mau)
(2) memakai (me.ma.kai)
(3) bagaimanakah (ba.gai.ma.na.kah)
(4) balai (ba.lai)
(5) angpau (ang.pau)
(6) haiwan (hai.wan)
(7) sungai (su.ngai)
(8) pandai (pan.dai)
Tatabahasa02.04.2018

Kembali ke atas