Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daÖ.wat]/[da/.wat] | دعوت

Definisi : 1. cecair berwarna (merah, hitam, dsb) yg digunakan utk menulis, tinta; ~ emas tinta berwarna emas; 2. cecair berwarna hitam yg dikeluarkan oleh sotong, kurita, dll (utk menyembunyikannya drpd pemangsa); bagai ~ dgn kertas prb tidak pernah bercerai (spt suami isteri yg saling mencintai); berdakwat 1. ada atau berisi dakwat: pen saya tidak ~; 2. dilumuri dakwat; alang-alang ~ biarlah hitam prb berbuat sesuatu jangan alang kepalang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[daÖ.wat]/[da/.wat] | دعوت

Definisi : cairan berwarna (biru, hitam, merah dll) yg digunakan utk menulis; tinta: ~ merah. berdakwat 1 berisi (ada) dakwat: Pena Ani tidak ~. 2 dilumuri dakwat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dakwat

Puisi
 

Ke darat menebang juak tukas,
     Tukas kutebang tepi jeraya;
Laksana dakwat dengan kertas,
     Samalah hancur sama binasa.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dakwat itu tidak boleh digunakan lagi kerana botolnya sudah BOCOR. Adakah penggunaan perkataan 'bocor' tersebut betul atau tidak? Kalau tidak, apakah jawapan yang lebih sesuai?Bocor tidak sesuai digunakan untuk botol. Botol ialah bekas daripada kaca. Cadangan kami, botol sudah pecah.Tatabahasa01.03.2010
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin mohon pengesahan mengenai penjodoh bilangan yang sesuai bagi perkataan 'toner' (dakwat) Terima kasih atas perhatian dan tindakan tuan/puanPenjodoh bilangan bagi dakwat berbeza mengikut bentuk fizikalnya. Untuk maksud dakwat yang berbentuk cecair, penjodoh bilangannya ialah titik. Sekiranya dakwat dalam sesebuah bekas, penjodoh bilangan adalah mengikut kesesuaian seperti "sebotol" atau "seunit".

Terima kasih.
Tatabahasa20.11.2017
Salam tuan di talian, 1. Apakah terjemahan yang berikut sesuai untuk istilah komputer di bawah? a. ink jet printer - pencetak jet dakwat b. laser jet printer - pencetak laser Sekian, terima kasih.a. ink jet printer - pencetak jet dakwat

b. laser jet printer - pencetak jet laser
Ejaan20.09.2012
Perbezaan pen dan pena.Merujuk data kami, pen ialah alat yang runcing dan berbelah matanya untuk menulis dengan dakwat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

Pena membawa 2 makna iaitu sejenis alat tulis yang mempunyai mata yang runcing dan menggunakan dakwat. Makna lain bagi pena ialah sejenis tali yang diikat pada dada gajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Secara umumnya, pen dan pena membawa maksud yang sama.
Makna12.02.2018
apakah maksud bagai isi dengan kuku,bagai kacang lupakan kulit,bagai aur dengan tebing,bagai dakwat dengan kertas,seperti embun di hujung rumput, dan seperti lipas kudung?Isi dengan kuku-persahabatan yang sangat karib; bagai kacang lupakan kulit- orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan; bagai aur dengan tebing- orang yang suka tolong-tolongan; bagai dakwat dengan kertas- tidak pernah bercerai; seperti embun di hujung rumput- tidak kekal dan segera hilang; lipas kudung- selalu bergerak dengan cepat. Lain-lain29.03.2008
Maksud Tintarona (dijumpai dalam laman web Utusan Publication). Telah mencari pada kamus dewan. Tiada entri dijumpaiTintarona sepatutnya dieja dalam dua perkataan, tinta dan rona. Tinta membawa maksud dakwat Manakala rona merupakan dialek negeri Kedah yg membawa maksud warna. Kesimpulannya, tinta rona membawa maksud warna dakwat dalam bahasa standardnya. T.kasih.Makna14.07.2008
Selamat petang. Ayat di bawah merupakan penjelasan untuk gambar dalam sebuah buku terjemahan dari bahasa Cina ke Bahasa Melayu, antara dua ayat di bawah, ayat yang manakah lebih sesuai atau betul? (a)Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Karya gosok dakwat Dinasti Ming, Lukisan Keluarga Confucius 孔子世家图). (b)Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Karya gosok dakwat Dinasti Ming, Kongzi Shijia Tu (Lukisan Keluarga Confucius)). Terima kasih.

Ayat yang tepat ialah Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Lukisan Keluarga Confucius, karya lukisan kaedah gosok dakwat Dinasti Ming).

Dalam karya terjemahan, penggunaan bahasa sumber (bahasa Cina) tidak perlu diulang dalam bahasa sasaran (bahasa Melayu). Transliterasi atau penyesuaian ejaan Rumi bagi ayat “Kongzi Shijia Tu” juga tidak perlu digunakan kerana sudah diterjemahkan kepada bahasa Melayu, iaitu Lukisan Keluarga Confucius. Nama atau tajuk lukisan pula perlu menggunakan huruf condong atau italik. Penggunaan tanda kurung ((  )) yang berlapis harus dielakkan sekiranya menimbulkan kekeliruan.

Tatabahasa09.04.2020
kata lain bagi tinta, pena, minda

 

 Nur Kamarina,

 tinta - dakwat, Pena - pen dan minda - akal fikiran

Makna17.03.2010
selamat pagi, saya mahu tahu kalau syarikat kami sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... tapi bila saya memohon pegesahan dari DEWAN BAHASA beliau menyuruh saya menggubah menjadi PEJABAT URUSAN PERCETAKAN JET DAKWAT ... setahu saya nama syarikat tidak boleh di tukar ... sebab saya sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... Saya lapir kan sekali fail nya ...Untuk makluman, perkataan yang perlu ditukar ialah perkataan  di bahagian bawah, bukan nama syarikat tersebut yang telah didaftarkan. Perkataan yang perlu ditukar ialah Kami Pakar: Pencetakan Jet Dakwat. Sila buat pembetulan dan hantar semula iklan tersebut melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBPLain-lain08.01.2013
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 
2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut
3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran ....
4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 
5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut.
Tatabahasa01.05.2012
12

Kembali ke atas